EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gadis tular bermalam di pokok untuk jawab peperiksaan, umum keputusan PNGK 3.5 yang berjaya diraihnya

0 month ago, 24-Jul-2020

Kisah mengenai pelajar penuh berdedikasi yang sanggup bermalam di atas pokok demi mahukan capaian internet untuk menjawab peperiksaan dalam talian pasti masih segar di ingatan semua, bukan?

Mana tidaknya, kegigihannya itu sedikit sebanyak turut memotivasikan kita khususnya para pelajar di luar sana untuk tidak mensia-siakan segala kemudahan yang kita kecapi hari ini.

Atas berkat ketekunannya, Veveonah Mosibin baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya berjaya mendapat 3.5 untuk mata PNGK ataupun CGPA peperiksaan tersebut.

Veveonah M./YouTube

Ia cukup mengagumkan kerana ramai pelajar di luar sana yang hanya mampu meraih PNGK 3.0 sedangkan mereka menjawab soalan dalam keadaan yang begitu selesa ruang berhawa dingin serta capaian internet yang tinggi.

Walaupun dalam situasi yang sangat sukar tidur di atas pokok, terpaksa menggunakan telefon bimbit, makan nasi sahaja dan juga turut berhadapan dengan kehadiran tebuan tanah, namun Veveonah tetap cemerlang!

Kisah Veveonah ini sangat menginspirasikan banyak anak muda di Malaysia menerusi dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkannya semata-mata tidak mahu ketinggalan dalam aspek pendidikan.

Veveonah M./YouTube

Menetap di luar bandar, Veveonah sebelum ini terpaksa membina pondok di atas bukit bagi membolehkannya menerima sambungan internet yang lebih baik.

Malangnya, pondok itu musnah ekoran hujan lebat serta angin kuat yang melanda kampungnya itu. Sebab itulah, dia terpaksa memanjat pokok pada akhirnya untuk membolehkannya menjawab peperiksaan.

Namun semenjak video 24 hours in Tree Challenge yang dimuat naiknya itu tular, banyak perkara positif yang dialami gadis yang berasal dari Sabah itu.

Antaranya, ditawarkan biasiswa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang menjadi tempat pengajiannya untuk program asasi.

Fuad Rahman TV

Selain itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengumumkan untuk menaik taraf internet di kampung Veveonah dan juga kampung-kampung di sekitarnya.

Bahkan pihak Shopee juga ada menghantar hadiah Shopee Care Package sebagai kesedaran kepada penduduk Sabah tentang kempen Shopee, Sapot Lokal Bah! khas untuk individu yang senasib dengan Veveonah.

Veveonah M./YouTube

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Veveonah di atas keputusan yang cemerlang. Semoga terus cemerlang di masa akan datang dan terus menginspirasikan rakyat Malaysia dengan kecemerlangannya.

Gadis tular bermalam di pokok untuk jawab peperiksaan, umum keputusan PNGK 3.5 yang berjaya diraihnya Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...