EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gadis 17 Tahun Ditahan Susulan Video Tular Dirinya Menunggang Motosikal Ala Superman

0 month ago, 09-Jan-2020

teamnetizen.com - Menunggang Motosikal Ala Superman, Gadis 17 Tahun Ditahan

Menunggang Motosikal Ala Superman Secara Berbahaya, Gadis 17 Tahun Ditahan.teamnetizen.com - Menunggang Motosikal Ala Superman, Gadis 17 Tahun Ditahan Seorang gadis yang menunggang motosikal dengan aksi ala Superman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video yang memaparkan gadis berusia 17 tahun itu menunggang motosikal itu tular di Facebook dan dia ditahan selepas hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, 3 Januari lalu.

Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman berkata, gadis itu hadir ditemani bapa saudara yang juga pemilik motosikal sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.teamnetizen.com - Menunggang Motosikal Ala Superman, Gadis 17 Tahun Ditahan

Penahanan gadis itu susulan video aksi tunggangan beraninya berdurasi 1:06 saat yang ditularkan seorang pengguna Facebook sebelum ini.

Polis menubuhkan satu pasukan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang terlibat dan siasatan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal dan penunggang terbabit, katanya.

Menurutnya, ketika soal siasat gadis itu mengaku melakukan aksi itu dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dalam kawasan daerah Maran kira-kira jam 3.20 petang 1 Januari lalu.

Dia juga didapati tidak mempunyai lesen dan saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut, katanya.

teamnetizen.com - Menunggang Motosikal Ala Superman, Gadis 17 Tahun Ditahan

Norzamri berkata, gadis berkenaan yang masih di bawah umur mengaku bersalah ketika dituduh di mahkamah tetapi dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,000.

Mahkamah menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya.

Sementara itu, pemilik motosikal dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan motosikalnya ditunggang penunggang tanpa lesen.

VIDEO:

GADIS 'SUPERMAN' DITAHAN!

[NEWS] GADIS 'SUPERMAN' DITAHAN!Seorang gadis berusia 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR dengan aksi ala Superman di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dalam kawasan daerah Maran pada 01.01.2020 lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Gadis berkenaan yang masih di bawah umur mengaku bersalah ketika dituduh di mahkamah tetapi dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,000. Mahkamah menetapkan 26.02.2020 sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Manakala pemilik motosikal dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan motosikalnya ditunggang penunggang (Gadis 'Superman') tanpa lesen.Lokasi: Maran, Pahang

Dikirim oleh Viral.my pada Rabu, 08 Januari 2020

Diharapkan semoga jangan ada yang mahu meniru aksi ini atau melakukan mana-mana aksi-aksi berbahaya di jalan raya yang melanggar peraturan.

: Sinar Harian


SUMBER : teamnetizen.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...