EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gadis Buat 60 Kali Pembedahan Plastic Sejak Umur 13 Tahun Semata-Mata Nak Jadi Boneka Impiannya

0 month ago, 14-Sep-2020

Beijing: Demi mendapatkan wajah cantik seperti boneka, seorang gadis yang juga personaliti media sosial di China sanggup melakukan lebih 60 kali pembedahan plastik.

The China Post melaporkan gadis bernama Little Z Nana dilaporkan melakukan pembedahan plastik pada wajahnya itu sejak berusia 13 tahun dengan menghabiskan 1 juta Yuan (RM607,734) bagi tujuan itu.

Dia yang kini berusia 15 tahun membuat pendedahan dan berkongsi kisah itu dengan pengikutnya menerusi akaun Weibo miliknya.

Menerusi keterangan di akaun laman sosial itu, Nana menyatakan sudah menjalani enam prosedur pembedahan plastik di bahagian kelopak mata, lima kali pada sudut mata luar, tiga kali sedut lemak dan sekali pembedahan pengurangan tulang di seluruh wajah.

Selain itu, Nana pernah dua kali melakukan pembedahan sedut lemak di wajahnya dan paha manakala tiga lagi prosedur di bahagian mulut.

WAJAH remaja itu sebelum dan selepas melakukan pembedahan plastik. FOTO Agensi

Gadis yang mempunyai lebih 300,000 pengikut di akaun Weibo itu juga mengakui tidak bersekolah untuk tempoh yang lama kerana masalah kesihatan akibat kesan pembedahan plastik.

Namun, Nana dilaporkan mengisi masa terluang dengan menghadiri uji bakat pencarian bakat dan sering memuat naik video menyanyi serta menari di media sosial.

Tindakan Nana mengundang kecaman warganet ,tetapi gadis itu tidak mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya.

Jangan sangka saya melakukan pembedahan ini untuk mendapatkan wajah yang cantik semata-mata.

Sebaliknya, saya sanggup laburkan wang untuk melakukannya bagi menggembirakan diri dan mendapat keyakinan, katanya.

kredit harian metro


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...