www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Gadis kecil 5 tahun menarik perhatian dengan tarian sehabis baik di majlis graduasi tadika, sungguh melucukan!

0 month ago, 17-May-2019


Seorang kanak-kanak boleh terjatuh di salah satu daripada dua kategori ini iaitu pemalu dan segan-segan meluahkan perasaan diri, ataupun periang dan yakin yang mengeluarkan seluruh perasaan tanpa berasa menyesal untuk menyimpan apa-apa.

Tanyalah siapa pun yang bertemu dengan Lily dari Lebanon, Ohio, si cilik berusia lima tahun, dan mereka pasti akan melabelnya sebagai yang terbaik!

WIS TV/Facebook

Gadis kecil ini mengambil peluang untuk mencuri perhatian di satu majlis tamat tadika dalam menunjukkan bakatnya dengan cara yang amat bersahaja.

Nenek Lily, Martina Blair, merakamkan aksi gadis kecil ini menari bersama rakan-rakan sekelasnya di Sekolah Presbyterian Lebanon. Sementara rakan-rakannya hanya bergoyang-goyang kecil dengan iringan muzik, Lily kelihatan kebosanan dan sedang berfikir untuk melakukan sesuatu yang lebih menarik. Dan jelas selepas itu dia meletuskan aksi riang gembira yang memecahkan perut semua hadirin yang berada di dalam majlis graduasi tadika itu.

WIS TV/Facebook

Martina hampir tidak dapat memegang kameranya dengan baik kerana berasa tidak tertahan untuk terus ketawa di sepanjang rakaman. Ketika itu dia melihat cucu perempuannya dengan lawak bergerak lucu dengan iringan lagu "Tooty Ta".

Pada satu ketika, nenek ini dan sekalian hadirin tidak dapat mengelak dari terus tersenyum dan bergelak ketawa. Lily dengan gayanya yang selamba terus beralih dari satu ekspresi muka lucu ke satu ekspresi gaya lucu yang berikutnya, memecahkan semua perut hadirin dan rakan-rakannya yang lain di atas pentas itu dengan rasa geli hati. Tarian Lily berjaya mengalih perhatian semua orang kepadanya!

WIS TV/Facebook

Menurut Martina, Lily suka menyanyi, menari dan berminat dalam bidang seni. Nenek ini menggambarkan cucunya sebagai penghibur keluarga yang sentiasa diberkati.

Martina berkongsi rakaman di majlis graduasi tadika Lily di Facebook, di mana ribuan netizen tidak dapat mengelak untuk terus ketawa riang melihat aksi tarian lucu gadis kecil yang amat lawak ini. Semua netizen bersetuju bahawa Lily adalah contoh sempurna tentang bagaimana seorang kanak-kanak boleh membebaskan diri dalam pembentukan personalitinya untuk menjadi diri sendiri.

WIS TV/Facebook

Gerak tarian Lily adalah ubat kelegaan hati gusar yang anda amat perlukan. Pastikan wajah yang pelik itu terbang dan gantikan dengan sikap riang yang menyebarkan kegembiraan ke seluruh dunia!

Tonton aksi tarian pelawak kecil ini di bawah.

WIS TV/Facebook

: WIS TV/Facebook , Inspiremore

 

Gadis kecil 5 tahun menarik perhatian dengan tarian sehabis baik di majlis graduasi tadika, sungguh melucukan! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts