EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gadis jumpa pengganti lepas patah hati, kenal 2 hari je terus diajak bertunang

0 month ago, 07-Jun-2021

Jodoh merupakan 1 perkara yang misteri. Ada yang jodohnya dipermudahkan dan diakhiri dengan ikatan pernikahan. Manakala, ada juga yang ditakdirkan putus di pertengahan jalan.

Befitulah seperti kisah seorang gadis dikenali sebagai Syazarinna ini yang sudah tawar hati untuk menerima kehadiran insan baru dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis itu mendedahkan pernah dikecewakan dan penat memberi peluang kepada lelaki yang tidak menghargai dirinya.

Bagaimanapun, kisah sedih itu bertukar menjadi satu episod indah dalam hidupnya apabila seorang lelaki hadir memberi harapan baru.

@syazarinnaaa

Macam mana aku kenal tunang aku ? Nii diaaaaa ! Semua dah terjawab kan ada yang tak faham ke ? Fyp pleaseeeeeeeee!!!!! #fyp

? original sound ????????

Menurut Rinna, dia telah mencabar lelaki bernama Hazik itu agar berjumpa kedua orang tuanya terlebih dahulu jika ikhlas ingin memperisterikannya.

Tanpa disangka, Hazik nekad berjumpa ibu dan ayah Rinna walaupun tempoh perkenalan hanyalah 2 hari. Berikutan itu, mereka berdua terus memutuskan untuk bertunang setelah hubungan direstui keluarga.

@syazarinnaaa

betul lah orang cakap selepas hujan pasti ada pelangi ???????? thankyouuuu! Fyp pleaseeeeee!!!!!!!! #fyp

? original sound AinaQisyaa ???? AinaQisyaa ????

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan tersebut. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar mereka tabah menghadapi dugaan bertunang.

Jodoh itu rahsia Tuhan. Kadangkala apa yang kita rasa baik, bukanlah yang terbaik untuk diri kita. Tuhan lebih mengetahuinya.

: TikTok @syazarinnaaa



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...