Gadis Anak Tan Sri yg Gelakkan Org Pakai Kancil Sedangkan Dia Guna VW Akhirnya Menerima Padah
12 month ago, 14-May-2022
Tular di aplikasiTikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang gadis yang mentertawakan kereta Kancil yang di parkir di sebelah keretanya.
Rakaman yang tular itu telah mendapat reaksi netizen, yang rata-rata tidak berluas hati dengan tindakkan gadis tersebut.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Apa yang kelakar..
Dia belun kenal bare lagi boh..
Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat gadis itu yang bergelak tawa bersama rakannya seakan-akan mempersendakan kereta Kancil tersebut semasa menuju ke tempat letak kereta.
Malah, setibanya di sebelah kereta Kancil itu, dia dengan sengaja seperti cuba membuka pintu kereta itu namun berpaling dengan segera ke arah kereta Volkswagen kuning miliknya.
Tahu dah kaya jangan sampai menghina.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 548.6K tontonan, 19.7K tanda suka, dan 2.5K komen di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan gadis itu yang disifatkan sombong dan tidak menghormati rezeki orang lain.
Hina org guna kancil pic.twitter.com/w48J0ftThm
— Kucing Meow (@ViralMalaysia7) May 14, 2022
Kredit: TikTok