EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gadis Bergaduh Dengan Teman Lelaki Di Khalayak Ramai, Marah Dibeli Vivo Padahal Minta iPhone

0 month ago, 08-Jun-2021

Dalam fasa percintaan, selalunya setiap pasangan pasti ingin melakukan yang terbaik sesama sendiri. Salah satunya adalah dengan memberi hadiah hari jadi, belanja barang dan sebagainya.

Di Indonesia, seorang lelaki telah membawa teman wanitanya untuk membelikan telefon bimbit baru. Malangnya, sebuah kejadian yang memalukan pula berlaku.

Kecewa dibelikan telefon bimbit Vivo

Menerusi laporan Tribun Medan, gadis tersebut kecewa kerana hanya dibelikan telefon bimbit berjenama Vivo dan bukannya sebuah iPhone seperti yang diinginkan.

Dalam sebuah video yang telah dikongsi, pasangan itu sempat bertengkar dan lelaki itu beberapa kali dipukul pada bahagian tangan di khalayak ramai.

Pada masa yang sama, gadis itu berulang kali meminta untuk dibelikan iPhone sebelum diajak meninggalkan premis itu.

Belikan pakai buah pinggang gadis itu

Pertelingkahan itu telah mendapat perhatian ramai di media sosial. Ia telah diulang kongsi di Twitter @bertanyarl dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Apalah lelaki tu, kalau sayang belikanlah telefon bimbit macam yang girlfriend minta. Tak kisah dengan cara apa sekalipun, tukar tambah pakai buah pinggang gadis itu misalnya. Netizen

Bersyukurlah teman lelaki masih ada inisiatif. Lelaki di luar sana malah kedekut dan tak ada usaha langsung. Netizen

Pernah jual telefon bimbit teman wanita untuk berjudi

Namun begitu, ada juga dakwaan lelaki itu telah menggunakan duit hasil jualan telefon bimbit teman wanitanya untuk berjudi. Dia kemudian diminta untuk menggantikannya semula tetapi cuma mampu untuk membelikan telefon bimbit Vivo.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...