EdisiViral.Com Search Guest Post Login

"Be Safe Friends In Japan" Langit Bertukar Jadi Ungu, Taufan Paling Kuat Dijangka Landa Jepun

0 month ago, 12-Oct-2019


Semalam, amaran taufan paling kuat dalam tempoh enam dekad telah dikeluarkan, dijangka bakal melanda Jepun hari ini di beberapa kawasan termasuk Tokai, rantau Kanto termasuk Tokyo.

In case korang tak tahu, ribut taufan terbesar dalam sejarah 60 tahun kini sedang menghampiri Jepun!

Penduduk Jepun khususnya di sekitar pulau Honshu kini sedang bersiap sedia menghadapi ribut yang dikatakan paling teruk sejak 60 tahun.

Taufan yang dikenali sebagai Hagibis berasal dari Bahasa Tagalog yang bermaksud laju dijangka mendarat pada 12 Oktober ini.

Memetik laporan World of Buzz, taufan Hagibis mempunyai diameter size sebesar 1,400km dengan kelajuan angin selaju 240km/h. Fuhhh dasyat!

Susulan itu, Agensi Meterorologi Jepun mengesyorkan penduduknya supaya bersedia dengan ramalan ombak besar dan gelombang tinggi di sekitar kawasan terjejas.

Ribut taufan juga menyebabkan hujan lebat dan angin kuat


Jepun sebelum ini pernah dilanda ribut taufan Faxai sebulan lalu yang mengorbankan tiga nyawa.

Disebabkan itu, penduduk juga kini sedang bersedia menghadapi taufan seterusnya berikutan perubahan warna di langit.

Warga maya juga mula berkongsi gambar-gambar langit yang berwarna merah jambu didakwa keadaan semasa di negara berkenaan dengan kapsyen Pray For Japan, menjadikannya trending nombor 1 di laman Twitter.






#PrayForJapan kini trending nombor satu di Twitter.

Kita doakan yang baik-baik untuk penduduk Jepun!

: Lobakmerah.com



Live Website Traffic


loading...