EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Forbes: Messi Atlet Berpendapatan Tertinggi Dengan RM529.2 Juta Setahun

3 month ago, 12-Jun-2019

Menurut Forbes; bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi diiktiraf sebagai atlet berpendapatan paling tinggi tahun ini.

Lionel Messi menerima 99.8 juta setahun ataupun bersamaan RM529.2 juta setahun, ianya lebih setengah billion ringgit Malaysia.

Sementara itu kapten Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tangga kedua dengan pendapatan 85.6 juta setahun ataupun sekitar RM454 juta.

Bintang PSG dan Brazil Neymar Jr. melengkapkan dominasi 3 teratas oleh pemain bola sepak dengan pendapatan RM437.4 juta.

Penerima pendapatan tertinggi di kalangan atlet tahun lalu Floyd Mayweather telah tersingkir daripada senarai 10 teratas.

Floyd Mayweather Drops Off Forbes' List, Lionel Messi Takes Top Spot https://t.co/UvlGwcOMAX

TMZ (@TMZ) June 11, 2019

Dalam ranking 100 teratas, Serena Williams merupakan atlet wanita tunggal di dalam senarai dengan 22.9 juta setahun.

Forbes mengira pendapatan para atlet berdasarkan pendapatan setahun ditambah dengan bonus hadiah kewangan serta hak imej/tajaan daripada Jun-Jun 2019.

Senarai 100 teratas kali ini menyaksikan berlaku peningkatan pada jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak 5% berbanding dengan tahun sebelumnya.

Lionel Messi merupakan pemain bola sepak yang kedua selepas Cristiano Ronaldo mengungguli ranking tahunan Forbes itu. Tahun ini juga menyaksikan pertama kali 3 senarai teratas dikuasai oleh pemain bola sepak.

Sebagai rekod tambahan, di EPL, pemain berpendapatan tertinggi adalah Paul Pogba dengan 25.9 juta berada di tangga ke-44.

Berikut adalah senarai 10 teratas:

1. Lionel Messi 99.8 juta

2. Cristiano Ronaldo 85.6 juta

3. Neymar $105m 82.5 juta

4. Canelo Alvarez 73.8 juta

5. Roger Federer 73.3 juta

6. Russell Wilson 70.3 juta

7. Aaron Rodgers 70.1 juta

8. LeBron James 69.9 juta

9. Stephen Curry 62.7 juta

10. Kevin Durant 51.3 juta


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com