EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Abam Foodpanda berhati mulia, tolong aunty bertongkat lintas jalan

0 month ago, 10-Jul-2019

Perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda merupakan salah satu syarikat yang membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang berkelayakkan untuk menjadi crew penghantaran mereka.

Sudah tentu khidmat crew Foodpanda sangat membantu kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk keluar membeli makanan. Setakat ini, crew atau penghantar makanan dari syarikat Foodpanda kerap kali dipuji kerana cekap dalam menjalankan tugas.

Namun begitu, baru-baru ini, satu video yang menunjukkan seorang crew syarikat penghantar makanan itu membantu seorang warga emas melintas jalan telah tular di media sosial.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Khid telah memuat naik video itu dan mendapat ribuan perkongsian di laman sosial tersebut. Walaupun kejadian yang terjadi dikatakan berlaku di Singapura, namun ia telah pun tular hingga ke Malaysia.

Menerusi posting tersebut, Khid telah memuji tindakan pekerja Foodpanda yang sangat mulia hatinya dan mendoakan agar kehidupan lelaki itu dirahmati selalu.

Perkongsian video yang berdurasi 12 saat itu telah mendapat komen yang baik-baik daripada warganet. Beberapa orang pengguna Twitter telah memuji tindakan crew Foodpanda itu yang tetap melakukan kebaikan walaupun sedang bekerja.

: Khid

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com