EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Finalis Imam Muda anak 5 didakwa cerai isteri lepas nikah wanita lain di Songkla

0 month ago, 29-Jul-2020

Episod peserta program realiti berbentuk dakwah membuat onar seakan tidak surut apabila satu lagi finalis rancangan progam Imam Muda terpalit kontroversi rumah tangga.

Kali ini, peserta program Imam Muda pada tahun 2014 dikenali sebagai Imam Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34 atau Imam Muda Faris didakwa menceraikan isteri yang dinikahinya 12 tahun yang lalu selepas berkahwin dengan wanita lain.

Menerusi Harian Metro, isteri pertamanya yang dikenali sebagai Nur Hidayu memaklumkan bahawa telah diceraikan oleh suami selepas 2 hari menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Lebih menyakitkan, dia telah dikasari oleh madunya ketika itu kerana dipercayai bahawa Imam Muda Faris bakal menceraikan salah seorang daripada mereka.

Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.

Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Nur Hidayu juga memaklumkan bahawa suaminya sudah berkahwin lain pada 18 Mac lalu di Songkla, Thailand dan mereka pula sah bercerai pada 28 Mei 2020.

Menurutnya lagi, sebelum ini Imam Muda tersebut pernah beberapa kali bercadang untuk berkahwin lain, namun diminta untuk berfikir terlebih dahulu kerana mereka mempunyai anak-anak.

Sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.

Antara sebab finalis program tersebut ingin berkahwin lagi adalah kerana mendakwa wanita lain mampu melayaninya lebih hebat berbanding isteri yang sedia ada.

Dalam laporan yang dikeluarkan sumber, Finalis program realiti itu dan Nur Hidayu sudah pun dikurniakan 5 orang anak berusia lingkungan 12 hingga lapan bulan dan sepanjang perkahwinan mereka, wanita tersebut telah mengalami 4 kali keguguran.

: Harian Metro


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...