EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Filem Mulan berhadapan boikot ekoran Disney menzahirkan penghargaan khas kepada Parti Komunis China

0 month ago, 12-Sep-2020

Disney menzahirkan penghargaan khas kepada agensi yang berkaitan dengan penahanan paksa secara besar-besaran dan pelanggaran hak asasi manusia secara meluas yang kini menerima kritikan hebat.

Filem Mulan terbitan Disney menerima kecaman hebat selepas menjalani penggambarannya di sebahagian wilayah Xinjiang, lokasi di mana lebih satu juta etnik Uyghur ditahan di kem tahanan dan pendidikan semula.

Disney memberi penghargaan terakhir dan kredit dengan ucapan terima kasih khas kepada beberapa agensi berkaitan rejim komunis China di Xinjiang, termasuk Jabatan Publisiti, Jawatankuasa Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang.

Lillian Suwanrumpha/AFP/Getty Images

Ini telah mendapat kritikan daripada kalangan aktivis hak asasi manusia, kumpulan pemikir dan ahli politik.

"Kredit filem Mulan oleh Disney termasuk ucapan terima kasih khas buat Biro Keselamatan Awam Turpan (PSB), wilayah Uyghur di mana filem ini menjalani penggambaran yang bermula sekitar tahun 2015, bermakna di antara tahun 2016 hingga 2018, ketika penahanan besar-besaran etnik Uyghur sedang berlangsung," kata Adrian Zenz, seorang Felo Penyelidik Kanan dalam Kajian China di Yayasan Peringatan Mangsa Komunisme, menerusi catatan Twitter pada 7 September.

Beliau juga menambah bahawa biro polis Turpan adalah agensi pertama yang melakukan pencucian otak minoriti Muslim di pusat tahanan lain.

Turpan, whose police Disney thanked at the end of Mulan, is the first documented case of re-education against Muslim minorities in Xinjiang. This Aug 2013 doc speaks of the "re-education" of "focus groups" to "eradicate the soil for the breeding and spread of religious extremism" pic.twitter.com/cMe4PqKl6p

Adrian Zenz (@adrianzenz) September 8, 2020

Filem ciptaan semula versi hidup Mulan adalah adaptasi versi animasi Disney tahun 1998, berkisar tentang kisah sejarah seorang pahlawan wanita muda dari Tanah Besar China yang menyamar sebagai lelaki ketika melaporkan dirinya berkhidmat dalam tentera diraja demi menggantikan ayahnya yang sakit setelah menerima arahan kerahan tenaga dari pihak istana. Filem terbitan Disney ini akan memulakan tayangan perdana pada hujung minggu.

Pereka produksi filem tersebut, Grant Major berkata kepada Architectural Digest bahawa beliau dan pasukan produksi menghabiskan masa berbulan-bulan di sekitar wilayah barat laut Xinjiang untuk melakukan penyelidikan kerja dasar sebelum penggambaran sebenar. Beliau menambah ahli akademik China turut menjadi perunding akan fakta sejarah sebenar.

Pengarah filem Mulan, Niki Caro juga telah memuat naik gambar bukit pasir dengan kapsyen Asia / Urumqi - ibu kota Xinjiang di Instagram pada tahun 2017.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nikicaro on

Disney tidak membuat sebarang kenyataan selepas terdapat permintaan bagi pihak mereka untuk memberi komen. Menurut laporan Majlis Hubungan Luar Negara, sebuah badan pemikir yang tidak berpihak di Amerika Syarikat, rejim komunis China telah memenjarakan lebih dari satu juta etnik Uyghur sejak tahun 2017 dan menghukum mereka yang ditahan secara salah dengan pengawasan ketat, larangan amalan agama, dan pensterilan paksa.

Bagi mangsa yang ditahan, mereka dipaksa untuk meninggalkan Islam, dan dikerah mendapat pendidikan semula dengan berjanji untuk taat setia kepada pihak berkuasa China. Mangsa yang terselamat mengimbau mimpi ngeri dipantau ketat oleh kamera dan mikrofon. Manakala tahanan wanita dicabul kehormatan dan dipaksa melakukan pengguguran.

Polis China di Xinjiang kerap mengimbas kad pengenalan, serta mengambil gambar dan cap jari penduduk Xinjiang dengan menggunakan peranti khas pemantauan dalam rangkaian pusat pemeriksaan.

Dalam surat terbuka kepada CEO Disney, Bob Chapek, aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Joshua Wong mempersoalkan motif syarikat hiburan dan penerbitan gergasi itu.

"Apa jenis nilai yang disokong oleh Disney, terutama ketika sasaran utama syarikat adalah untuk menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia," tulis Joshua Wong dalam surat itu yang diterbitkan dalam satu siri tweet pada 9 September.

"Ini menimbulkan lebih banyak keraguan tentang apakah Mulan itu adalah satu karya propaganda yang mana Disney bekerjasama dengan kerajaan PKC untuk memutihkan pembunuhan budaya dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik minoriti di wilayah ini," tambah Wong.

Greg Baker/AFP/Getty Images

Iain Duncan Smith, seorang ahli parlimen Konservatif di United Kingdom mengecam Disney kerana bekerjasama dengan agensi keselamatan Xinjiang dalam catatan di Twitter pada 8 September.

"Filem Mulan mula menjadi sasaran boikot setelah pelakon utamanya menyokong tindakan polis terhadap penunjuk perasaan Hong Kong. Adalah memalukan ketika syarikat yang terbabit kelihatan menutup mata dan agak memalukan juga apabila mereka berpihak dan bertindak sebagai pemohon maaf bagi pihak rejim yang kini seolah-olah mereka tiada perbezaan pendapat, tulis Duncan Smith.

Pelakon utama Mulan, Liu Yifei yang berasal dari China, menghantar posting di Weibo pada tahun lalu dengan kenyataan bahawa aktres ini menyokong polis Hong Kong. Tindakan polis Hong Kong menghadapi kecaman dan kritikan antarabangsa ekoran penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi di wilayah autonomi itu.

Filem Mulan berhadapan boikot ekoran Disney menzahirkan penghargaan khas kepada Parti Komunis China Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...