www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Filem Avengers: Infinity War akan ditayangkan semula pada 20 April ini. Tempah tiket anda sekarang!

0 month ago, 17-Apr-2019


Beberapa hari lagi, tayangan filem hebat sepanjang zaman iaituAvengers: Endgameakan di pawagam seluruh dunia dan pasti ramai yang tidak sabar untuk menontonnya!

Dalam filem sebelumnya yang turut berjaya menggemparkan para peminat Avengers seluruh dunia iaituInfinity War,babak terakhir menunjukkan bagaimana Thanos telah berjaya mengumpul kesemua enam biji Batu Infiniti. Dengan adanya batu-batu tersebut, Thanos memiliki kuasa terhebat di mana dia telah menghapuskan hampir 50% makhluk di muka bumi dengan begitu mudah!

Lowyat

Kini, dalam filem Endgame yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, adiwira-adiwira pujaan ramai akan menentang Thanos, si penjahat gergasi. Namun, mungkin ada di antara anda yang belum sempat menonton filem Infinity War sebelum ini. Jadi, jangan risau kerana filem ini akan ditayangkan semula di pawagam beberapa hari sebelum filem akhir Endgame memecah panggung.

TGV Cinemas akan mengadakan tayangan semula filemAvengers: Infinity Warpada 20 April ini dengan harga tiket sebanyak RM10 sahaja! Bagaimanapun, hanya panggung terpilih sahaja akan menayangkan filem ini seperti di 1 Utama, Sunway Pyramid, Tebrau City dan juga Gurney Paragon.

Lowyat

Selepas itu, anda mempunyai masa beberapa hari untuk bersedia dengan adegan hebat dan aksi menarik dalam tayangan filem Endgame yang memaparkan bagaimana Captain America dan rakan-rakannya berusaha untuk mengalahkan Thanos dan mengembalikan rakan-rakan lain yang telah ditewaskan.

Jangan lupa untuk rebut peluang menyaksikan pertarungan hebat antara Thanos dan Avengers dalam filem Avengers: Endgame pada 24 April ini.

:Lowyat

Filem Avengers: Infinity War akan ditayangkan semula pada 20 April ini. Tempah tiket anda sekarang! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts