EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Fikiran Zaman Sekarang Bukan Macam Dulu.. Soo Wincci Bahas Pendapat Prof Muhaya

0 month ago, 11-Jun-2021

Penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci turut tidak bersetuju dengan pendapat motivator Prof. Dr. Muhaya berkenaan dengan topik yang sedang hangat diperkatakan oleh wargamaya soal wanita perlu berbuat ‘bodoh-bodoh’ supaya dapat meraih perhatian lelaki idaman mereka.

BACA: ‘Hanya Lelaki Lemah Takutkan Wanita Kuat..’ – Ben Amir Kurang Setuju Pendapat Prof Muhaya Soal Jodoh

Advertisement

Menurut Wincci, sebagai seorang wanita, kita seharusnya menjaga reputasi diri sendiri dan lelaki yang ikhlas akan datang menemui diri mereka dengan menghargai kepandaian wanita tersebut tanpa mempertikaikan apa-apa.

Maaf cakaplah, fikiran zaman sekarang bukan macam dulu.. jikalau anda pilih tidak mahu kahwin itu adalah pilihan sendiri. Janganlah buat-buat bodoh demi nak cari jodoh. Bagi saya senang saja, kalau siapa nak kahwin, kahwinlah dan kalau siapa tak nak kahwin pun tak mengapa zaman dah berubah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Soo Wincci ??? (@dr.soowincci)

Advertisement

Tambahnya lagi, dia menghormati pandangan yang diberikan oleh Prof Muhaya sebelum ini, namun apabila ia melibatkan isu sensitif seperti ini, Wincci merasakan dia harus bersuara kerana baginya pendapat Prof Muhaya sama sekali tidak betul.

 

soo wincci : Instagram Soo Wincci  

Menurut Wincci, sebelum ini dia juga pernah memperbodohkan diri sendiri demi seorang lelaki namun bersyukur kerana dirinya cepat sedar atas perbuatannya itu.

Fikiran Zaman Sekarang Bukan Macam Dulu.. Soo Wincci Bahas Pendapat Prof Muhaya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...