EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Satu Item Fesyen Setiap Wanita Wajib Ada

0 month ago, 14-Sep-2020

Must have item untuk setiap wanita ialah Little Black Dress (LBD).

LBD mempunyai sentimen klasik, ringkas dan elegan, semua dalam satu. Item ikonik ini mudah untuk disuai padan, anda boleh imbanginya menjadi pelbagai gaya sama ada formal atau kasual. Sesuaikan dengan pilihan aksesori dan sepatu yang betul, voila anda vogue seperti selebriti.

Kenapa Little Black Dress Item Ikonik?

Mungkin kerana warnanya hitam yang penuh misteri tapi masih nampak keseksian. Thats the beauty of a Little Black Dress!

Foto Arkib Wanista

Anda boleh memakai warna hitam pada bila-bila masa. Anda boleh memakainya pada usia berapa pun. Anda boleh memakainya untuk hampir semua majlis, LBD helaian yang sangat penting untuk wardrobe wanita.

Seseorang langsung tidak overdressed atau underdressed bila menyarung LBD. You can be yourself with LBD, padankan bersama sepatu berwarna atau tambahan aksesori seperti kaca mata hitam, rantai mutiara, atau scarf rambut. Asalkan ada warna dan kelihatan ceria, anda nampak cantik menawan.

Foto Arkib Wanista

Tips Pakai Little Black Dress

Selain sesuai untuk penampilan ke pejabat, gaya seperti itu juga masih sesuai untuk dipakai saat makan malam atau pesta, hanya tambahkan aksesori yang glamor/garang/gah memadai. Atau erti kata lain penggunaan warna terang, biar kontra dengan LBD anda.

Foto Arkib Wanista

Padanan kasut, anda boleh cuba strappy heels, platform, atau pump shoes. Anda juga boleh padankan dengan kasut sukan untuk tampilkan kelainan. Be creative in fashion!

Untuk LBD yang berpotongan lurus, anda boleh menggunakan tali pinggang supaya nampak sedikit potongan badan. Jika inginkan penampilan yang sedikit berbeza, tidak ada salahnya juga memilih tali pinggang bermotif, misalnya motif cetakan haiwan untuk kesan edgy.

Foto Arkib Wanista

Cantikkan. Jadi, kepada semua wanita yang masih tiada LBD, tolong cari satu.


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...