EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Fesyen Diva Bollywood Kareena Kapoor Yang Mempesona

0 month ago, 05-Nov-2019

Penulis yakin rata-rata pembaca Wanista menyukai diva Bollywood, Kareena Kapoor.

Bahkan nama Kareena cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Apa sahaja update terkini, pasti kita teruja ingin mengetahuinya. Bukan dia sahaja malah anak lelakinya Taimur Ali Khan juga manjadi pujaan segelintir peminat di sini.

Selain dari kulitnya yang putih pink, ciri-ciri bentuk muka dan rangka yang dicemburui, diva 30-an mempunyai citarasa fesyen yang sempurna, yang semuanya terletak elok.

Dikenali sebagai trendsetter di India, Kareena tahu bagaimana untuk memberi keseimbangan dalam fesyen antara kesopanan dan keghairahan. Setiap apa yang dipakainya walau simple tetap menonjolkan keanggunan yang buat kita tidak jemu melihatnya. Kareena tidak perlu trying so hard dalam berfesyen, dia mementingkan minimalis tapi sangat effortless.

Kareena menyarung dress sequin yang mendedahkan kakinya dan cleavage.

Mewah bagaikan keluarga bangsawan dalam busana tradisional sari.

Happy Diwali!

Confirm Bebo (nama panggilan Kareena) memang gilakan rona merah.

Gaun kemban dengan potongan ikanduyungmenyerlahkan lagi tubuh badan Kareena yang curvy.

Walau mengenakan hitam bagai ahli sihir pun, Kareena masih kelihatan anggun dan sofistikated.

Tampil neon dengan warna oren.

Gemerlapan dalam dress biru sequin.

Sukakan ekspresi wajah Kareena ketika ini, nampak elegan sekali.

Merah lagi!

Fesyenista!

Comel Kareena menyarung kaftan bersama si kecil Taimur Ali Khan.

Diva?

Jelas menunjukkan Kareena selesa mengenakan fesyen yang ringkas tapi masih ada kelas.


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...