EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ferrari perlu lebih 'garang'

0 month ago, 13-Jul-2019

SEBASTIAN Vettel memberi amaran kepada Ferrari bahawa pasukannya perlu mengambil langkah sepatutnya untuk bersaing dengan Mercedes pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain esok.

Juara dunia empat kali itu menamatkan sesi latihan perlumbaan di tempat keempat dibelakang kedudukan satu-dua Valtteri Bottas, pelumba Finland yang juga rakan sepasukan Lewis Hamilton di Mercedes dan ketiga Charles Leclerc dari Ferrari.

Saya tidak begitu gembira, kata Vettel. Ia suasana petang yang penuh muslihat. Kami mencuba beberapa perkara. Sekarang kita perlu melihat apa perkara yang kami sudah cuba untuk dikekalkan dan dikeluarkan. Dan diharap esok kami akan ambil langkah sepatutnya.

"Mercedes kelihatan amat pantas dan pasukan yang perlu ditewaskan juga dan kita akan lihat bagaimana kedudukan esok. Kenderaan agak kurang stabil, tambahnya.

Sebastian Vettel menyaksikan rakaman perlumbaan selepas sesi latihan di Silverstone. FOTO AFP

Pelumba kelahiran Perancis Leclerc, yang kenderaannya lebih pantas daripada Vettel dalam sesi pagi dan petang, berkata Mercedes sangat laju daripada Ferrari.

Jujur saya katakan, pada pihak saya, saya menjangkkan Mercedes sebagai pasukan yang perlu dikalahkan minggu ini dan mereka mengesahkan hari ini - mereka sangat bagus, amat pantas dari segi kelajuan, katanya.

Kami perlu bekerja. Kami bergelut dengan pelbagai cabaran ketika perlumbaan dan sebaliknya pada sesi kelayakan, namun kami perlu menjarakkan kedudukkan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com