EdisiViral.Com Search Guest Post Login

PKNP ikat FELDA United di Manjung

0 month ago, 13-Jul-2019

PKNP FC dan FELDA United FC terus bersaing hebat untuk kekal dalam Liga Super apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Keputusan itu membolehkan kedua-dua pasukan memperoleh 16 mata dengan pasukan tuan rumah berada setakuk di atas FELDA dalam Liga Super dengan kelebihan perbezaan gol.

Pada aksi perlawanan itu, PKNP terlebih dulu melakukan percubaan melalui sepakan Giancarlo Lopes, namun berjaya dinafikan penjaga gol pelawat, Norazlan Razali m-8.

FELDA United mengasak benteng tuan rumah dengan sepakan percubaan Jocinei Schad lapan minit kemudian namun berjaya dinafikan penjaga gol PKNP, Khairul Thaqif Shah.

Percubaan Mohd Hafiz Kamal m-43 hampir membuka gol gagal selepas rembatannya tersasar dari gawang pelawat.

Kedua-dua pasukan bernafsu mencari gol namun keputusan 0-0 kekal pada babak pertama perlawanan.

The Fighters kemudian mendahului melalui sepakan kencang kaki kanan S Chanthuru yang menewaskan penjaga gol tuan rumah m-52 selepas babak kedua bermula.

Tersentak dengan gol itu, anak buah Abu Bakar Fadzim memperkemaskan permainan, namun sepakan Muhammad Fadhil Idris dinafikan penjaga gol pelawat pada minit ke-77.

Begitupun, kegembiraan pasukan kendalian Mohd Nidzam Jamil tidak bertahan lama apabila sepakan kencang Yashir Armando Pinto Islame berjaya mengikat kedudukan m-80.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com