EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Fedtri Yahya kemalangan, isteri mohon orang ramai doakan kesembuhan suami

0 month ago, 17-Sep-2020

Baru sahaja bertugas secara langsung di Malaysia Hari Ini (MHI) bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2020 semalam, pengacara dan juga penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dimaklumkan mengalami kemalangan.

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh isterinya menerusi media sosial Fedtri dengan memuat naik kondisi pengacara itu yang baru selesai menjalani pembedahan.

Menurut isterinya, Fedtri mengalami kecederaan di muka disebabkan kemalangan yang berlaku. Namun begitu, kesemua luka tersebut sudah dijahit dengan sempurna.

Dia turut memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan suaminya dan semoga Fedtri Yahya kembali sembuh seperti sedia kala.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui terkejut dengan berita yang diterima. Mereka juga sempat mendoakan agar pengacara itu lekas sembuh dan diberi kesihatan yang baik dengan segera.

: Fedtri Yahya


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...