EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dah lama Fattzura dilantik jadi duta, ramai pakat beli kasut Bata

0 month ago, 09-Apr-2021

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu selipar Muslim friendly atau mesra Muslim hasil kolaborasi seorang selebriti popular bersama sebuah jenama selipar.

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter @IniAlannn memuji strategi pemasaran dilakukan syarikat pengeluar kasut jenama Bata menerusi sebuah posting di Instagram yang berjaya menarik perhatian ramai.

Power gameplay Bata sekarang ???? pic.twitter.com/yiOW3FTYZ2

Vincenzo Elsano (@IniAlannn) April 8, 2021

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin (Fattzura) telah dilantik sebagai duta jenama berkenaan bagi beberapa koleksi sejak tahun lalu.

Ciapan itu menerima 14,300 tanda suka dan diulang kicau hampir 9,500 kali serta ratusan komen warganet mengenai harga dan kualiti produk jenama tersebut.

Menurut netizen, mereka mengakui selesa memakai produk Bata yang tahan lasak selama bertahun-tahun selain mempunyai harga berpatutan.

Terdahulu, warganet mempertikaikan penggunaan perkataan Muslim friendly pada produk kolaborasi berkenaan ang dianggap tidak sesuai selain mendakwa kononnya mengambil kesempatan atas nama agama.

: Twitter @IniAlannn



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...