www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Al-Fatihah Linda sayang mak! -Ibu Linda Rafar disahkan meninggal dunia

0 month ago, 12-Jan-2019


Setelah kira-kira dua bulan ibu kepada penyanyi Linda Rafar mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman dalam darah, sebentar tadi penyanyi itu telah mengesahkan bahawa ibunya telah disahkan pergi menghadap Ilahi.

Berita itu telah disahkan Linda Rafar menerusi satu muat naik di IG Story, memaklumkan pemergian ibunya pada jam 10.15 malam tadi.

Sebelum ini pada siang tadi, penyanyi itu ada memaklumkan keadaan ibunya yang tenat dan sedang dirawat di sebuah hospital. Linda dalam perkongsiannya ada memohon doa daripada para peminat untuk kesembuhan ibunya.

Linda Rafar turut memaklumkan bahawa jenazah ibunya akan disemadikan pada pagi esok dan disembahyangkan di surau D Kayangan Shah Alam.

Sebelum ini ibu kepada Linda Rafar, iaitu Rasimah Abdul Rahman 73 tahun telah dimasukkan ke Hospital Shah Alam akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah sehingga mengakibatkan tangan ibunya dipotong.

Salam takziah diucapkan kepada Linda Rafar sekeluarga, semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

: IG Linda Rafar




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts