EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

(AL-FATIHAH) Abam Bocey Disahkan Meninggal Dunia

7 month ago, 10-Feb-2020

Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 semalam, tak sangka kita akan mendapat perkhabaran sedih pada pagi ini.

Pelawak comel dan popular iaitu Abam daripada kumpulan Bocey telah pun meninggalkan dunia ini di kediamannya pada pagi Isnin.

abam bocey

Adik kepada lelaki tersebut telah mengesahkan sendiri berita sedih itu.

Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas.

Menurut isteri Allahyarham iaitu Nor Hidayah, Abam sudah berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 telah meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Ahli kumpulan Bocey iaitu Acey turut memuat naik video dia menangisi pemergian salah seorang rakan baiknya itu.

Al fatihah abam bocey ?? pic.twitter.com/W4d86d9rSf

Akeem (@AkeemSharyzal) February 10, 2020

Al-Fatihah kepada Abam dan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

: Gempak.com


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...