EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Imam Muda Syed Faris didakwa ugut amik anak, jika bekas isteri berniat kahwin lain

0 month ago, 01-Aug-2020

Sejak awal minggu lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan pendedahan daripada bekas isteri Imam Muda Syed Faris mengenai realiti kepincangan rumah tangga mereka sebelum menemui jalan buntu.

Sudah tentunya, satu persatu kisah yang menjadi detik hitam buat Nur Hidayu Rosly dan 5 orang anak hasil dari perkahwinan itu, membuatkan orang ramai merasa simpati terhadap nasib ibu tunggal itu.

Kisah Imam Muda Syed Faris yang menceraikan isteri pertamanya, selepas curang dan berkahwin dua serta merta menjadi buah mulut netizen Malaysia di rata-rata platform media sosial.

Lebih menyedihkan, tidak hanya meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, itu didakwa turut mengasari Nur Hidayu tanpa belas kasihan.

Bahkan, Nur Hidayu Rosly mendakwa bahawa bekas suaminya itu turut mengugut untuk ambil lima cahaya mata mereka sekiranya dia berhasrat untuk berkahwin lain.

Katannya lagi, Imam Muda berkenaan turut menggunakanaplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Syed Mohd Faris Syed Roslan turut memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini janda anak lima seperti bekas isternya itu.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

: Berita Harian (Berita Penuh).


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...