EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bersatu Semula Selepas Sebulan Bercerai

0 month ago, 16-Sep-2023

Baru-baru ini desas desus ada mengatakan bahawa kedua-dua selebriti iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat bagai dilamun cinta selepas mereka berdua tampil menghadiri sesi temu ramah bersama-sama di satu platform laman sosial.

Hari ini, Farid Kamil telah membuat satu pengumuman bahawa beliau dan bekas isterinya, Diana Danielle akan rujuk dan bersatu semula sebagai pasangan suami isteri selepas sah bercerai pada sebulan yang lepas.

Sudah Rujuk Kembali Sebagai Suami Isteri

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, pasangan ini memaklumkan bahawa mereka akan hadir ke mahkamah dalam masa terdekat ini susulan proses rujuk semula selepas bercerai talak satu pada 10 Ogos yang lalu.

“Kami akan ke mahkamah secepat mungkin untuk proses rujuk semula. Semua ini perlu dilakukan mengikut proses. Tapi tidaklah tergesa-gesa.. Masih ada masa. Bukan saya tak mahu umum rujuk tapi perkara ini melibatkan proses mahkamah”, jelas Diana kepada media Mstar ketika ditemu bual.

Dalam Fasa Memperbaiki Diri Masing-Masing

Menurut sumber lagi, Diana ditemui ketika hadir ke Karnival Mega Suria yang diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) pada Sabtu, semalam. Di kesempatan itu, Diana memaklumkan bahawa mereka berdua kini dalam fasa untuk memperbaiki diri serta sehabis baik mencari jalan yang terbaik untuk rumah tangga mereka di masa akan datang.

“Farid kata kami tidak pernah berhenti berdoa. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua telah ditentukan Allah. Sekarang ini kami dalam masa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami kembali membina apa yang pernah ada sebelum ini. Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang ini. Perlu ada privasi antara hubungan kami”, ulasnya lagi.

Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Kasih Sayang Yang Tidak Mencukupi

“Saya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Jadi saya tak mahu anak-anak lalui perkara sama. Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik saya”, luah Diana sambil berdoa agar hubungan mereka akan terus berkekalan ke akhir hayat demi kebaikan mereka dan juga dua orang cahaya mata yang memerlukan kasih sayang penuh daripada kedua ibu bapa mereka sendiri.

Sekadar info tambahan, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bersatu Semula Selepas Sebulan Bercerai Bawang Rangers.