Farid & Diana Danielle rujuk semula demi anak2?..- Tak sangka ini tindakan Farid kamil..
0 month ago, 14-Sep-2023
SELEPASsebulan bercerai, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat masih terbuka untuk berada dalam acara yang sama dan bertentang mata antara satu sama lain.
Menerusi video yang dimuat naik di Instastory, Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, merakam gelagat bekas isterinya itu yang sedang berada di dalam studio ditemu bual oleh wartawan.
Farid yang ketika itu berada di luar studio dilihat teruja merakamkan momen berkenaan.
Kata Farid, dia hanya mampu melihat daripada luar sahaja kerana kurang sihat untuk ditemu bual.
@budieychannel Betul ke mereka akan bersama semula deni anak-anak & keluarga? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI. #boraksinihabissini #budieychannel
Bersama muat naik video itu, Farid turut menyertakan emoji lelaki sedang bahagia dilamun cinta berserta emoji hati.
“Hanya mampu tengok di luar sahaja. Tidak mampu nak temu bual, suara tiada. Kasihan!” ujarnya.
Sebelum itu, kedua-dua selebriti ini ada berkongsi semula video yang dimuat naik oleh seorang usahawan di Instastory.
Dalam video itu, Farid dan Diana dilihat duduk bersebelahan di meja makan.
Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Diana Danielle sudah memaafkan bekas suaminya aktor Farid Kamil selain memilih melupakan semua masalah yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.
Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, sifat memaafkan itu juga salah satu cara dia memperbaiki diri selain meneruskan hidup tanpa sebarang perasaan tidak baik dalam dirinya.
“100 peratus saya maafkan dia (Farid)… Memaafkan itu lebih kepada untuk diri sendiri. Ia lebih mudah untuk saya teruskan hidup dan menjadi seorang yang lebih baik.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.