EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Farhad Massoud : Video Semua Free, Nak Lawan Netflix!

3 month ago, 20-Mar-2020

Video Semua Free, Nak Lawan Netflix!

Fox Corporation telah membeli syarikat mamat ni dengan nilai USD 440 juta pada 17 Mac 2020.

Perkenalan Founder dan CEO kepada TubiTv, Farhad Massoud.

TubiTv ini merupakan servis video streaming seperti Netflix dengan ada pilihan hampir 15,000 movie dan TV Series.

TubiTv ditubuhkan pada 2014 dan walaupun baru berumur 5 tahun, mereka telah pun memiliki sebanyak 25 juta subscribers.

Namun apa bezanya dengan Netflix dan servis streaming video yang lain?

TubiTv yang bestnya adalah FREE! Kita tak perlu bayar pun seperti Netflix dan lain-lain.

Inilah model bisnes yang membuatkan pengguna sangat sukakan TubiTv.

Kesemua konten video di dalamnya pula adalah sah dan patuh undang-undang.

Ia bukan versi pirate yang server kadang-kala on/off sebab kena serang dengan penguat kuasa.

Persoalan yang paling utama di minda kita sekarang mesti terlintas

“Macam mana mereka buat duit???

Jika rakan-rakan cuba TubiTv nanti, akan perasan ada iklan sebelum video ditayangkan dan ada juga iklan dipertengahan video nanti.

Betul!

Mereka jana income melalui pengiklanan. Inilah cara mereka jana income, selain akhirnya dibeli oleh Fox Corporation dengan nilai USD 440 juta.

Video konten adalah next “Emas Hitam”.

Adakah kita dah bersedia ke arah ini?

Sempena kita semua banyak rehat di rumah pada tika ini, boleh jadikan

TubiTv sebagai medium pilihan untuk hilangkan rasa boring di rumah.

Dan mereka juga ada Mobile App, jika nak terus menonton “On The Go”.

Sekarang semua kena ada Mobile App, baru mudahkan?

Source : Rafiq

Farhad Massoud : Video Semua Free, Nak Lawan Netflix! The Coverage Edisi BM.


SUMBER : thecoverage.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...