EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Famous Shah Rukh Khan Malaysia Buat Video Parodi Dekat Jambatan Angkat Kuala Terengganu

0 month ago, 15-Sep-2020

Jumlah tontonan video parodi hasil ciptaan produksi tempatan, K-Productions melebihi 165 ribu sehingga menyebabkan ramai yang terhibur dan melting habis dengan adegan yang dilakonkan dalam babak filem Kal Ho Naa Ho itu.

Lokasi pengambaran yang berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu bagi mendapatkan feels seperti yang dilakonkan dalam babak filem Kal Ho Naa Ho tersebut.

Video parodi berdurasi 2 minit 16 saat itu berjaya mendapatkan perhatian netizen selepas ia mula ditularkan di Twitter. Boleh dikatakan rata-rata netizen mengakui bahawa mereka amat kagum dengan rakaman video berkenaan.

Who is he? Hahahahaa!!! ???????? nice giloooo?????? pic.twitter.com/X331SSp7vO

— Nurul Aqilah (@nqilahh) September 12, 2020

Jejaka yang berada di posisi tengah aka Shah Rukh Khan Malaysia bernama Ramadhan. Dia mendapat gelaran Shah Rukh Khan Malaysia kerana melakonkan watak Aman Mathur didalam video parodi tersebut.

Dengan karakter yang bersahaja dan begitu menjiwai watak, lakokannya menurut netizen, bagaikan melihat Shah Rukh Khan sebenar dalam video parodi tersebut.

Menurut Sinar Harian, pengurus K-Production, Ahmad Syafiq mendedahkan sebelum ini K-Production sering menghasilkan video pendek atau cover lagu. Namun, idea mengenai video parodi ini datang daripada Ramadhan kerana dia minat akan video Hindustan.

Dia minat dengan video Hindustan, jadi kami ambil peluang sokong minatnya.

Tak sangka video parodi jadi viral, namun saya bersyukur dan teruja pada masa yang sama. Katanya lagi.

Menerusi ruangan komen di sosial media, ramai yang terhibur dan cair dibuatnya apabila melihat lakonan dalam video tersebut.

Rata-rata ramai netizen memberikan komen yang positif terhadap video parodi seperti ada yang melting dan ada juga yang touching habis dengan watak dalam video tersebut.

Pergh mantap memang sebijik

Nice gila video ni. Smooth ja. Keep it up!

Kenapa aku nak menangis ni. Touching

Sis is melting right now

Namun, pasti ada segelintir yang memberikan komen yang lucu seperti Ain Nasihah ini. Hahaha boleh tahan tapi kalau nak lebih sama dengan SRK Malaysia kena banyak main kening.. hahaha katanya mengenai wajah Ramadhan yang iras seperti Shah Rukh Khan

Tonton video penuh di bawah :


SUMBER : buzzkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...