www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


5 faktor yang menyebabkan bayi kuat berpeluh. Ibu bapa perlu tahu adakah ia membahayakan atau tidak

0 month ago, 07-Dec-2018


Perpeluhan merupakan satu proses semula jadi yang berlaku kepada setiap manusia. Malah, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga melalui proses yang sama. Tambahan pula dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas, berpeluh merupakan satu perkara yang normal bagi kita semua.

Kredit:Sirap Limau

Namun, ianya bukanlah satu keadaan yang menyelesakan... Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi kecil pula, pasti anda perasan bayi anda kuat berpeluh dan tilam mereka sentiasa terasa basah.

Walaupun kita memasang alat penghawa dingin mahupun menghalakan kipas angin untuk menjadikan waktu tidur bayi lebih menenangkan, mereka akan tetap berpeluh. Bukan sahaja risau, tetapi kita juga pasti akan merasa kasihan kerana berpeluh terlalu banyak boleh meninggalkan kesan ruam pada kulit bayi.

Kredit: Interesting Images

Ini merupakan lima faktor yang menyebabkan bayi cepat panas dan kuat berpeluh:

#1 Sistem saraf yang belum matang

Bayi yang masih kecil amat sensitif dengan persekitaran mereka. Memandangkan sistem saraf pada tubuh bayi belum matang sepenuhnya, sistem tubuh bayi tidak mampu untuk mengawal suhu badan.

Oleh demikian, perubahan suhu persekitaran yang sedikit pun mampu menyebabkan bayi berpeluh dengan banyak berbanding individu dewasa.

#2 Ketidaksesuaian pakaian

Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga sememangnya akan membuatkan para ibu bapa teruja untuk menyediakan segala keperluan yang lengkap untuk menyambut bayi.

Kredit:YouTube

Daripada set pakaian bayi yang lengkap dengan topi, renda, topi, stokin, bedung dan sebagainya, ianya sememangnya kelihatan comel apabila dipakaikan pada bayi anda. Namun, apa yang ramai ibu bapa tidak sedar adalah pakaian yang berlapis-lapis ini mampu membuatkan bayi berasa panas, tidak selesa dan seterusnya berpeluh.

Ibu bapa disarankan untuk membeli pakaian yang diperbuat daripada kain kapas dan boleh menyerap peluh. Jika mahu membedung bayi anda, gunakanlah jenis kain yang nipis dan bersesuaian dengan suhu bilik.

#3 Hiperhidrosis

Hiperhidrosis merujuk kepada keadaan di mana berlakunya perpeluhan secara berlebihan yang dihasilkan di luar keperluan fisiologi badan. Setiap bayi akan mengalami hiperhidrosis atau dalam erti kata lain, kuat berpeluh.

Keadaan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor keturunan yang bermula di zaman awal kanak-kanak atau ketika meningkat remaja dan mungkin boleh berterusan selama beberapa tahun.

Kredit:Sirap Limau

Untuk mengesan simptom ini, anda boleh lihat pada kaki dan tapak tangan yang lebih cepat berpeluh berbanding anggota badan lain. Keadaan ini bukanlah satu keadaan yang membahayakan namun perlu diingatkan agar ibu bapa sentiasa memantau bayi demi memastikan keselesaan mereka.

#4 Masalah jantung

Ini merupakan salah satu faktor yang membimbangkan. Kekerapan peluh yang terjadi pada bayi dikhuatiri berkaitan dengan masalah jantung. Untuk mengenalpasti sama ada bayi anda mempunyai komplikasi ini atau tidak, perhatikan pada waktu bila mereka berpeluh.

Bayi yang disyaki mengalami masalah ini biasanya kerap berpeluh ketika mereka bergerak aktif atau sedang menyusu dan bukannya ketika mereka tidur. Malah, jika bayi anda selalu kelihatan letih ketika aktif seperti mereka baru selesai membuat senaman, mungkin ini adalah petanda bahawa jantung bayi anda agak lemah.

#5 Masalah kesihatan lain

Beberapa isu kesihatan lain yang berkaitan dengan perpeluhan bayi adalah seperti masalah sistem saraf, masalah pernafasan, kelenjar tiroid yang terlalu aktif serta masalah genetik.

Jika ibu bapa menyedari sesuatu yang aneh pada anak, disarankan untuk segera merujukkan perkara ini kepada doktor pakar bagi mendapatkan nasihat perubatan yang lebih jelas dan terperinci.

Kredit: Interesting Images

Jangan sesekali menggunakan sebarang ubat yang dibeli di pasaran tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana dikhuatiri ubat tersebut mungkin mengandungi bahan berbahaya yang boleh menjadikan ruam bayi semakin teruk.

:DoktorBudak.com,TheAsianParent.com.my,UtusanMalaysia

5 faktor yang menyebabkan bayi kuat berpeluh. Ibu bapa perlu tahu adakah ia membahayakan atau tidak Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts