EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Fakta sebenar tentang apa yang sedang berlaku di Wuhan berdasarkan temubual dengan pekerja rumah pengebumian

0 month ago, 11-Feb-2020

Isu Novel Koronavirus bukan lagi sebuah isu baru malah telah menggerunkan seluruh dunia sejak wabak tersebut tersebar pada Januari lalu.

Sehingga kini lebih daripada 40,000 kes jangkitan telah dilaporkan dan seramai lebih daripada 900 orang telah terkorban akibat virus tersebut.

Namun itu semua apa yang diberitahu oleh media antarabangsa dan bagaimana pula keadaan sebenar akan apa yang sedang berlaku di Hubei?

Gambar hiasan/Pixabay

Berikut adalah cerita sebenar yang didapati melalui temubual yang dilakukan oleh wartawan The Epoch Times dengan pekerja di rumah pengebumian di Hubei.

Pekerja di situ telah mendedahkan tentang jumlah mayat yang terpaksa mereka bakar setiap hari dan angka tersebut adalah sangat mengejutkan.

Apa yang berlaku ialah sejak berlakunya penyebaran wabak Koronavirus jumlah mayat yang terpaksa dibakar setiap hari ialah empat hingga lima kali lebih banyak daripada hari biasa.

Dianggarkan setiap hari mereka terpaksa membakar sekitar 225 mayat dan angka tersebut dikatakan terus meningkat.

Gambar hiasan/Pixabay

Mereka juga mengatakan bahawa mereka telah bekerja tanpa henti untuk membakar mayat-mayat ini sehingga ada antara mereka yang hampir pengsan.

Mereka bukan sahaja terlalu penat malah sangat tertekan dengan kerja-kerja yang terlalu banyak. Mereka juga tidak boleh cuti bekerja sejak sebelum perayaan musim bunga sehingga hari ini.

Selain itu, rumah pengebumian tersebut terpaksa menambah kaki tangan untuk meneruskan kerja-kerja menguruskan mayat mangsa virus. memberitahu bahawa sehingga kini mereka telah menambah sekitar 50 orang menjadikan pekerja di situ lebih daripada 110 orang.

Itu baru keadaan yang berlaku di sebuah rumah pengebumian di Hubei, di Wuhan pula dikatakan terdapat sebuah rumah pengebumian, Wuhan Hankou Funeral Home yang terpaksa menguruskan lebih banyak kematian setiap hari.

Mereka di rumah pengebumian bukan hanya sahaja membakar mayat yang dibawa dari hospital malah terdapat beberapa kes di mana mereka menguruskan mayat yang dibawa oleh orang ramai ke situ.

Hanya 38% mayat yang dihantar ke situ adalah dari hospital dan lebih daripada 60% adalah mereka yang mati di rumah.

Fakta sebenar tentang apa yang sedang berlaku di Wuhan berdasarkan temubual dengan pekerja rumah pengebumian Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...