EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

5 Fakta Penahanan Safiey Illias Yang Dianggap Wajar Kerana Keterlaluan & Melampau

0 month ago, 11-Jun-2021

Baru-baru ini tular video live usahawan kosmetik, Safiey Illias dan raknnya yang melibatkan dua remaja lelaki di bawah umur. Difahamkan Safiey dan rakannya, Pipinatasha seperti melakukan child grooming menerusi Instagram Live.

Melihatkan video yang tular, satu laporan polis telah dibuat dan usahawan kosmetik tersebut telah ditangkap oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Berikut adalah 5 fakta panas mengenai penahanan Safiey Illias.

IKLAN

Lakukan Gangguan Seksual

Dipetik daripada Malaysia Kini, Safiey dan Pipinatasha dikatakan telah melakukan gangguan seksual seperti child grooming atau dandanan seksual.

Foto BEST FBKL

Menerusi video tular tersebut, kedua-dua mereka dilihat cuba berbual mengenai isu terlarang, menari tarian berunsur seks serta berbual lucah dengan dua remaja lelaki berkenaan.

Lakukan Provokasi Kepada Agama

Isu di sini adalah aksi menggoyang-goyangkan buah dada ditonjolkan Safiey berunsur seksual. Sebagai ibu dan seorang pendidik, perbuatan seperti itu amat mengganggu emosi. Perbuatan itu juga satu bentuk provokasi terhadap agama semakin meningkat, kongsi Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam Malaysia Kini.

Foto BEST FBKL

Difahamkan Safiey dan Pipinatasha yang memakai baju seksi ketika dalam live berkenaan telah sengaja menunjukkan buah dada mereka pada remaja lelaki tersebut.Malah tanpa segan silu perbuatan tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Secara tidak langsung perbuatan ini sememangnya melanggar fitrah seorang manusia apabila melakukan pembedahan jantina atau pengubahan bentuk badan.

Penggunaan Bahan Tembakau

Foto Berita Perak

Dalam sesi Instagram Live tersebut, Pipinatasha didakwa telah menggunakan rokok elektronik atau vape di hadapan kedua remaja tersebut. Malah kedua-dua mereka seolah-olah memberi galakan dan mengajar remaja lelaki berkenaan untuk mengambil beberapa bahan terlarang.

Ajar Cara Untuk Ambil Bahan Terlarang

Dipetik dari Buzz Kini, Safiey dan Pipinatasha dikatakan telah bertindak melampau apabila cuba mengajar dua remaja lelaki terbabit untuk mengambil beberapa bahan terlarang.

Foto BEST FBKL

Pada masa yang sama, mereka berdua juga telah mengajar cara-cara untuk menghisap dadah kepada remaja lelaki berkenaan.

Isu LGBT

Menerusi posting Facebook pakar motivasi, Akhi Fairuz berkata golongan transgender ini semakin berani menunjukkan gaya hidup secara terang-terangan di media sosial. Malah ada juga yang berani berkongsi beberapa tempat untuk melakukan perubahan jantina, pembedahan dan sebagainya.

Foto Wow Berita

Tambahnya perkongsian sebegini membuatkan remaja atau kanak-kanak sekarang mendapat idea serta inspirasi untuk berubah menjadi seperti mereka.

Terkini pihak polis telah membuat penahan terhadap Safiey Ilias pada petang semalam untuk membantu siasatan berhubung dengan video live yang mengandungi komunikasi lucah dan gangguan seksual pada dua remaja lelaki.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...