EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ibu Fadillah Yusof meninggal dunia

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0
Ibu kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, iaitu Hajah Dayang Rosnah Abang Madeli,90, meninggal dunia pada jam 6.39 petang tadi di kediaman beliau di PJ Heights, Petra Jaya, Sarawak.

PETRA JAYA 13 Jan. Ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, iaitu Hajah Dayang Rosnah Abang Madeli, meninggal dunia pada usia 90 tahun di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya, Sarawak jam pada jam 6.39 petang tadi.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Fadillah Yusof sebentar tadi, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini.

Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjis Ikhwanul Islam, Taman Sukma jam 9.30 pagi esok, 14 Januari 2021 dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Kepada mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah bolehlah ke Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada pagi esok, jelas kenyataan tersebut.

Difahamkan Allahyarhamah meninggalkan 13 anak dengan Fadillah adalah anak ke-9 daripada 14 beradik.

Salah seorang anaknya meninggal dunia ketika berusia tujuh tahun.



SUMBER : melakahariini.my



Live Website Traffic


loading...