www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Facebook 'Eggboy' diserang netizen Malaysia. - FB Will Connolly ..

0 month ago, 17-Mar-2019





Semalam, ribuan netizen menghentam Senator Australia, Fraser Anning selepas beliau mengeluarkan kenyataan jelik berhubung kes tembakan di Christchurch, New Zealand.


Kini, tular pula video seorang lelaki memecahkan telur di kepala Senator tersebut ketika beliau sedang ditemu bual wartawan, lapor Sinar Harian.

Keberanian lelaki tersebut menjadi bualan dunia malah ada menggelarnya sebagai Eggboy dan ternyata remaja berusia 17 tahun itu kini trending di seluruh dunia.

Lebih hebat, netizen Malaysia berjaya mencari Facebook Eggboy dan kini ribuan netizen menyerang laman sosial Will Connolly, lelaki dipercayai adalah Eggboy berdasarkan gambar pemiliknya yang mirip remaja tersebut.

Begitupun, serangan kali ini berbeza kerana warganet menghamburkan pujian kepada remaja tersebut dan kebanyakannya mengatakan Salam hormat dari Malaysia. Tahniah

Tinjauan Sinar Harian mendapati setakat jam 11.15 malam tadi, hampir 10,000 likes, lebih 19,000 komen dan hampir 900 perkongsian dalam salah satu posting dimuat naik lelaki tersebut.

Begitupun, tidak dapat dipastikan samada Will Connolly benar-benar Eggboy kerana tiada hantaran terbaru darinya selepas kali terakhir melakukannya pada 21 Januari lepas.

Biarpun kesahihannya belum pasti namun ia tidak menghalang rakyat Malaysia menyerang Facebook lelaki tersebut.

Dengan itu, maka sahlah penulis boleh simpulkan satu perkara iaitu: Jangan main-main dengan bawangrians Malaysia.

Banyak kali sudah mereka buktikan dan kali ini, sekali lagi mereka menzahirkan bahawa mereka bukan biasa-biasa.

Kredit Astro Awani



SUMBER : penangkini.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts