EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ernie Zakri Kini Berhijab Sepenuhnya

3 month ago, 25-Mar-2020

Manis bertudung, penyanyi Ernie Zakri menerusi akaun Instagramnya mengumumkan dia kini sudah berhijab sepenuhnya.

ernie zakri bertudung

Sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat dan sedar banyak melakukan kesilapan, Ernie berkata kini sudah tiba masanya dia berubah menjadi insan yang lebih baik secara perlahan-lahan.

Menurut Ernie, disebalik Perintah Kawalan Pergerakan dan hanya duduk dirumah, dia dapat muhasabah diri dan kuatkan semangat untuk berhijab.

ernie zakri berhijab sepenuhnya

Saya berharap semua orang boleh mendoakan saya untuk istiqamah. Sebenarnya perasaan nak bertudung sebelum tunaikan umrah tapi kadang-kadang biasalah manusia ada memikirkan soal komitmen kerja.

Tetapi ada hikmah juga saya rehat daripada kerja, duduk rumah dan banyak saya fikir. Jadi inilah masa paling tepat untuk saya buat keputusan berhijrah. Saya kena fikirkan diri saya juga. Kita manusia biasa, banyak buat kesilapan dan tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit mana yang mampu.

ernie zakri berhijab sepenuhnya ernie zakri berhijab sepenuhnya ernie zakri hijab ernie zakri hijab

Penampilan berhijab Ernie disambut dengan pujian. Malah, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas keputusannya menutup aurat.

Alhamdullillah, terbuka lagi pintu hati seseorang artis wanita Malaysia untuk bertudung, lebih manis bukan Sherry Ibrahim bila berhijab? Harapnya perubahan ini akan kekal dan terus mendoakan Ernie agar kekal istiqamah.

Berita : mStar Online


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...