EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Erdogan terima vaksin Covid-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0
Erdogan menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan hari ini menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau yang berkongsi beberapa keping gambar dalam laman Facebook miliknya ketika menerima suntikan itu berkata, untuk fasa pertama vaksin tersebut akan diberikan kepada petugas kesihatan.

Erdogan berkata, beliau berharap program vaksinasi itu akan dibuat secara menyeluruh kepada seluruh rakyat Turki.

“Kita menyasarkan untuk memberi vaksin kepada seluruh rakyat Turki dalam kadar segera. Semoga usaha ini mendapat kejayaan, ” katanya.

Turki kelmarin mengumumkan bersedia untuk menerima vaksin keluaran China, Sinovac Biontech dengan Menteri Kesihatannya sendiri, Fahrettin Koca menerima suntikan vaksin keluaran syarikat itu bagi menyakinkan orang ramai.

Selain Turki, dua negara lain yang menggunakan Sinovac ialah Indonesia dan Brazil.-MT

Erdogan terima vaksin Covid-19 Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...