EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Enggan rawat pesakit Covid-19, denda RM5 juta menanti hospital swasta

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

HOSPITAL swasta boleh didenda sehingga RM5 juta jika gagal memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menggunakan premis mereka bagi merawat pesakit Covid-19 sepanjang tempoh darurat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun buat masa ini kerajaan belum bercadang menggunakan kaedah paksaan sebaliknya meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan hospital swasta berbincang bagi membolehkan premis mereka digunakan jika keadaan terdesak.

Kita bersetuju dengan KKM kalau boleh tidak sampai tahap memaksa lagi, peringkat awal ini kita bincang dengan pihak swasta dan memberi cadangan kerajaan

Kalau mereka tidak setuju kita boleh guna undang-ubdang, malah denda kalau tak silap saya sehingga RM5 juta dan boleh dipenjara, katanya pada sidang media.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan kuasa bawah darurat berbanding sebelum ini dalam mengekang penularan Covid-19.

Katanya, pelaksanaan darurat memudahkan kerajaan mengekang penularan Covid-19.

Kalau dulu hospital swasta boleh tolak pesakit Covid-19, mereka boleh tolak kalau makmal mereka nak diguna, KKM tidak ada kuasa dari segi arahkan mereka ambil pesakit Covid-19. Bawah ordinan darurat kerajaan melalui KKM boleh mengarahkan hospital swasta ambil pesakit, dan makmal mereka boleh diguna, ini beza (dengan pelaksanaan darurat).

Begitu juga untuk menjadikan tempat seperti hotel sebagai pusat kuarantin, bangunan mereka boleh digunakan, katanya.

Ismail berkata, kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga setaraf polis dalam melakukan tindakan ketika darurat.

Kalau dulu ATM hanya boleh tahan PATI (pendatang asing tanpa izin) sementara polis datang ambil, tapi dengan darurat, kuasa tentera sama dengan kuasa yang ada pada polis, kita boleh tangkap dan kalau ada lokap kita boleh bawa terus ke lokap, katanya.

Beliau berkata, begitu juga dengan majikan yang gagal menghantar pekerja ke pusat kuarantin dan tindakan boleh diambil.

Jadi langkah ini lebih mudah kerajaan urus Covid-19, katanya.

Ismail bagaimanapun memaklumkan, sesuatu perkara jika hendak dilakukan sepanjang tempoh darurat perlu mendapat perkenan Agong terlebih dulu sebelum dilaksanakan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/14/enggan-rawat-pesakit-covid-19-hospital-swasta-boleh-didenda-rm5-juta/

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...