EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Enggan peminat berpecah, mahu hero baru - Mira Filzah

0 month ago, 25-Nov-2019

KEPUTUSAN tidak mahu bergandingan dengan Remy Ishak dibuat bukan kerana ia punya kaitan dengan soal hati dan perasaan sebaliknya pelakon popular, Mira Filzah mahu mengimbangi situasi membabitkan peminat yang suka menjodohkannya dengan gandingan drama dibintangi.

Perkara itu diluahkan Mira sendiri sewaktu ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan miliknya, Luna di Hotel Four Seasons, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu berkata, beberapa kali dia digandingkan dengan Remy menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan filem Sangkar, sehingga timbul gosip mengatakan mereka kini bercinta.

Kata Mira, seperti Jumaat lalu apabila dia menghadiri majlis Anugerah Telenovela 2019 dan kebetulan memakai baju warna sama dengan Remy, membuatkan peminat mengatakan mereka bercinta dan sudah berjanji untuk berpakaian sedondon.

Mira terlebih dulu memenangi dua anugerah di majlis Anugerah Telenovela 2019 iaitu Pelakon Wanita Telenovela Popular dan Ratu Telenovela.

Kata pelakon jelita itu, sebelum ini sewaktu drama Sweet Dreams disiarkan dan ia muncul popular, ramai peminat dan menonton mahu mereka bercinta dalam dunia realiti.

Bayangkan disebabkan perkara seperti ini, minat penonton terhadap saya dan hero yang pernah bergandingan sudah berpecah. Perkara seperti inilah yang cuba saya elakkan.

Disebabkan itu saya membuat keputusan kalau boleh mahu bekerja dengan pelakon lelaki lain dan tidak tertumpu kepada seorang pelakon saja.

Usaha ini diharapkan supaya penonton kelak akan menilai hasil kerja, bukan kerana gosip yang mahu kami bercinta di dunia realiti, katanya.

Begitupun Mira tidak menafikan dalam ramai aktor yang pernah dia bekerjasama, Remy disifatkan sebagai seorang teman pelakon yang bagus dan mudah memberikan kerjasama.

Saya memang paling selesa bekerja dengan Remy. Sebabnya dia bagus dan secara tidak langsung lakonan saya juga jadi bertambah baik kerana harus memberikan corak lakonan sama paras, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...