EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak endah diketawakan, lelaki sumbang tenaga selamatkan kanak2 dari coronavirus

0 month ago, 09-Feb-2020

Tidak boleh dinafikan, wabak coronavirus telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk dunia. Oleh itu, ramai dilihat melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri mereka dari terkena virus yang kian menular ini.

Malaysia juga tidak terkecuali untuk diserang dengan wabak coronavirus ini. Walaupun angkanya tidak kritikal di negara China, tetapi ia tetap perlu dirisaukan kerana wabak ini boleh mereka dengan cepat tanpa dijangka.

Seorang pengguna Facebook meluahkan sedikit kekesalannya, apabila usahanya untuk menghalang coronavirus ini daripada merebak, seakan-akan diperlekehkan penduduk setempat. Lelaki dikenali sebagai Mustaqim Kumar ini diketawakan kerana membasuh taman permainan yang berada di sekitar Bukit Jelutung U8.

Jelas Mustaqim Kumar, dia membuat sedemikian untuk mengelakkan wabak ini dari menjangkiti semua orang, terutamanya kanak-kanak yang bermain di situ. Sudah pastinya, usaha baik lelaki ini dipuji oleh para pengguna Facebook dan berharap orang lain jugak akan turut serta melakukan hal yang sama.

Diharapkan lebih ramai lagi sanggup melaksanakan usaha murni ini tanpa mengharapkan balasan dan ikhlas dengan segala yang diusahakan. Syabas kepada saudara Mustaqim Kumar, kerana berikan satu contoh yang terbaik.

: Facebook.


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...