EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Empat tahun lalu ketiga-tiga kucing ini dijumpai di dalam plastik, kini semuanya sudah membesar dengan sihat dan comel

0 month ago, 08-Feb-2020

Mungkin ada antara anda yang pernah membaca kisah ini, tentang cerita seorang netizen yang menyelamatkan tiga ekor anak kucing yang ditemui di dalam plastik.

Setelah empat tahun berlalu kini, netizen baik hati tersebut, Lilian Voon sekali lagi berkongsi cerita mengenai anak-anak kucing yang diselamatkan suatu ketika dahulu.

Sejak dia menyelamatkan anak-anak kucing itu, dia dan anjing kesayanganya, Popo telah memutuskan untuk menjaga ketiga-tiga ekor anak kucing tersebut dan kini mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang sangat gembira!

Empat tahun dahulu, Lilian menemukan sebuah bungkusan plastik di tepi jalan. Dia mendengar suara kucing ketika dia lalu di jalan tersebut dan mendapati ada tiga ekor anak kucing di dalamnya.

cocomy

Lilian seorang pencinta haiwan dan dia tidak sanggup untuk melihat anak kucing tersebut kesakitan jadi dia memutuskan untuk membawa mereka pulang ke rumah. Rupa-rupanya anak-anak kucing tersebut baru sahaja dilahirkan dan mata mereka sendiri belum terbuka.

Sejak itu dia menjaga kesemua anak kucing tersebut. Dia memberikan makan setiap hari sehingga akhirnya mereka membuka mata!

Anjingnya, Popo pula kelihatan keliru dengan kehadiran kawan barunya.

cocomy

Pada mulanya dia hanya melihat-lihat keadaan mereka bertiga namun setelah beberapa ketika Popo mula membantu tuannya untuk menjaga anak-anak kucing tersebut.

Popo akan menjilat bulu anak-anak kucing dan menjaga mereka seolah-olah seperti menjaga anaknya sendiri. Popo sering memperhatikan mereka dan menjaga setiap langkah anak-anak kucing itu. Bukan hanya Popo yang gembira, malah ketiga-tiga si comel itu juga senang kerana selalu dijaga baik oleh Popo.

cocomy

Kesemua mereka tumbuh membesar dengan baik sekali. Berat badan mereka mula bertambah. Lihat sahaja buktinya di dalam gambar itu, kesemuanya gemuk, comel dan sihat!

cocomy

cocomy

cocomy

Popo pastinya sangat gembira melihat 'anak-anak angkatnya' yang dahulu hanya kucing kecil yang ditinggalkan di dalam plastik dalam keadaan tidak bermaya. Namun, kini mereka membesar sihat di depan matanya dan kini mereka hidup dengan gembira bersama!

cocomy

cocomy

cocomy

Empat tahun lalu ketiga-tiga kucing ini dijumpai di dalam plastik, kini semuanya sudah membesar dengan sihat dan comel Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...