EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Empat maut ditembak

0 month ago, 12-Oct-2019

NEW YORK: Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab di Brooklyn, hari ini.

Memetik laporan New York Daily News, beberapa tembakan dilepaskan di kelab itu kira-kira jam 7 pagi.

Polis ketika tiba di tempat kejadian mendapati enam lelaki dan seorang wanita terkena tembakan.

Empat lelaki berkenaan maut di tempat kejadian, manakala mangsa lain dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang menggugat nyawa.

Setakat ini, polis belum melakukan sebarang tangkapan dan bilangan penembak masih tidak diketahui lagi.

mendedahkan polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi untuk mengetahui motif serangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 8:51 PM


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...