EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

EMPAT MAUT DALAM PERTEMBUNGAN BAS-TRAK

0 month ago, 26-Nov-2021

RIYADH: Empat orang maut dalam kemalangan melibatkan pertembungan sebuah bas dengan trak, di bandar Al-Yutamah, kira-kira 90 kilometer (KM) dari bandar Madinah malam tadi.

Bas yang membawa 45 orang penumpang itu bertembung dengan trak berkenaan di lebuh raya Al-Hijrah.

Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan, menerima rawatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital-hospital tempatan.

Menurut jurucakap Bulan Sabit Merah Saudi, Khaled Al-Sehali, lebih 20 ambulans dikejarkan ke lokasi kemalangan dari bandar Madinah.
Turut terlibat lapan unit penyelamat dari Makkah dan tiga dari Qassim.

Laluan tersebut digunakan oleh jemaah umrah yang menziarahi Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...