EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Elton John bengang peminat biadap

33 month ago, 04-Mar-2018

BINTANG pop British, Elton John, bertindak meninggalkan pentas sebaik diganggu peminat biadap dalam satu persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Menurut kenyataan penyanyi berusia 70 tahun itu di Twitter, peminat terbabit meletakkan tangannya di atas piano dan enggan mengalihkan tangannya walaupun diminta berbuat demikian.

Lelaki itu biadap, mengganggu, tidak peduli dan tidak hormat persembahan itu. Jadi saya cuba memberitahunya perasaan saya, kemudian tinggalkan pentas sehingga mereka menghalaunya dari situ, katanya.

Insiden itu berlaku ketika penyanyi terbabit menjemput beberapa peminat untuk bersamanya di atas pentas menyampaikan lagu Saturday Night.

Awal minggu lalu, bintang itu dilaporkan mengambil keputusan untuk berhenti daripada mengadakan konsert jelajah selepas 50 tahun berbuat demikian.

SUMBER : kakigosip.com



Live Website Traffic


loading...