EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Siti Elizad Dedah Kedai Makan Miliknya Dilanda Banjir Kilat

0 month ago, 11-Sep-2020

Mendedahkan kedai makan bersama rakan kongsinya, Restoran Rencah Utaqa dimasuki air disebabkan banjir kilat, semalam, pelakon popular Siti Elizad menyatakan beliau tidak berada di tempat kejadian dan hanya mengetahui berita itu daripada staf.

Siti Elizad Dedah Kedai Makan Miliknya Dilanda Banjir Kilat

Ujar Elizad, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu memaksa dirinya memberitahu pekerja untuk menutup premis makanan tersebut dengan segera.

Advertisement

“Betul..Kedai makan saya di Kampung Baru kena banjir kilat. Masa tu dalam pukul 5.30 petang, staf tengah setup kedai untuk beroperasi. Saya takda dekat situ. Staf bagitahu yang dekat sana dah banjir teruk. Apalagi saya suruh tutup kedai terus.

Siti Elizad Dedah Kedai Makan Miliknya Dilanda Banjir Kilat

Ujarnya lagi, beliau juga seakan mampu menghembus nafas lega apabila tiada sebarang kerugian yang perlu ditanggung oleh pihaknya.

Siti Elizad Dedah Kedai Makan Miliknya Dilanda Banjir Kilat

Alhamdulillah tak ada sebarang kerugian yang ditanggung.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau juga menganggap segala yang berlaku ini sebagai dugaan kecil dalam dunia perniagaan.

Siti Elizad Dedah Kedai Makan Miliknya Dilanda Banjir Kilat

“Sebenarnya lagi kesian dekat peniaga yang jual secara kecil-kecilan. Macam mana la keadaan mereka.Saya buka kedai ni dengan rakan kongsi yang sama-sama dengan bisnes Roti John. Memang niat kami dari awal nak tolong orang yang kehilangan kerja.

Untuk rekod, ibu kota Kuala Lumpur difahamkan telah dilanda banjir kilat akibat daripada hujan yang berterusan sejak jam 2 petang.

Antara kawasan terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.

 


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...