EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Eksklusif: Pendedahan Remaja Disebalik Ciapan Lama MCMC Yang Tular

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Disclaimer : Pihak SKMM telah membuat kenyataan bahawa account SKMM telah dicerobohi. Artikel ini dikeluarkan berdasarkan pengakuan seorang pengguna Twitter yang mengesyaki bahawa akaun SKMM ini adalah akaun Twitter yang dijualnya satu masa dahulu.


Sejak petang tadi, laman Twitter hangat memperkatakan mengenai penularan beberapa ciapan-ciapan lama yang dilihat dari akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia( SKMM) iaitu @SKMM_MCMC .

Ianya terus menarik perhatian ramai selepas ciapan-ciapan tersebut kini dikongsikan semula oleh orang ramai dalam bentuk RT (Retweets)

Antara tweet yang tular.

Ekoran dari itu, MCMC menerusi satu kenyataan media pada petang tadi memaklumkan bahawa akaun tersebut kini telah digantung buat sementara waktu.

Menurut mereka, akaun berkenaan telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab justeru mereka menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan hantaran yang mencurigakan tersebut yang telah dimuatnaik melalui akaun berkenaan yang bukan dikeluarkan oleh MCMC.

Dikatakan asalnya milik seorang anak muda

Namun disebalik pemakluman tersebut, tampil seorang individu di Twitter yang mendakwa akaun rasmi MCMC itu suatu masa dahulu merupakan akaun Twitter miliknya.

Namun dia telah menjual akaun berkenaan kepada seorang individu lain di Twitter, yang berminat membeli akaun berkenaan.

Nazrul Hakim, 22 yang berasal dari Pahang turut menjelaskan akaun tersebut yang mempunyai pengikut sebanyak 50 ribu telah dijual olehnya sewaktu dia masih lagi di alam persekolahan, sekitar 5-6 tahun yang lalu.

Hi.

Acc tu aku jual time aku form 3/4. When it was 50k followers. Aku tak delete tweet lama, sbb tk terlintas dlm fikiran.

Tyha. Dia dh jadi ex aku. Jgn tanya kenapa! Hzjsjsjsjs

Aku jual acc tu dkt @/SaidOsem. So aku tak tahu after that acc tu dh jadi official MCMC punya twtr.

— ???????????? (@NazruiHakim) January 12, 2021

Jual pada seseorang sekitar RM1,300

“Akaun tersebut memang akaun persendirian saya. Bila dah cecah 50,000 pengikut, saya jual kepada seseorang.

“Saya yang create akaun tersebut. Masa tu umur kira-kira 15 – 16 tahun. Saya tak berapa ingat. ” jelas Naz kepada Buzzkini.

Meskipun tidak mengingati jumlah sebenar yang diterimanya, Naz menjelazkan dia pada waktu itu tidak menetapkan sebarang harga sebaliknya individu tersebut yang menentukan harga yang ingin dijualnya.

Malah dia mengakui terkejut selepas mengetahui akaun tersebut sudah menjadi akaun Twitter rasmi MCMC pada tahun lalu.

“Saya terkejut juga (lepas tahu). Rasa macam tak percaya”

” Tak silap saya, saya kenal dia (pembeli) sebab dia yang DM dulu tawar nak beli akaun tersebut. Jadi saya jual terus. Dia yang tentukan harga. Tak silap saya sekitar RM 1,300 ” jelas Graduan Diploma Teknologi Digital (programming) dari sebuah kolej di Pahang itu.

“Saya menyesal jual akaun tersebut”

Dalam pada itu, Naz turut memaklumkan yang dia menyesal menjual akaun berkenaan selepas mengetahui apa yang terjadi kini.

Jelasnya lagi, sekiranya dia tahu akaun berkenaan akan menjadi milik SKMM atau mana-mana perusahaan dan bukan untuk tujuan peribadi, dia pasti akan membuang semua ciapan-ciapan lama yang pernah ditulis olehnya memandangkan banyak ciapan ditulis sewaktu dia masih lagi bersekolah dan terlalu muda.

Dulu saya tak menyesal (jual akuan tersebut) . Sekarang sumpah menyesal. Sebab tak sangka benda ni berlaku”

“Saya tak delete Tweet lama sebab memang tak tahu akaun tu akan jadi akaun rasmi MCMC. Masa tu memang tak jangka apa-apa pun” yang turut memaklumkan beberapa orang rakannya juga pernah berurus niaga dengan individu terbabit.

“Tweet tu masa saya masih budak-budak”

Bercerita lanjut mengenai ciapan ‘panasnya’ yang menjadi perhatian orang ramai, Nazrul menjelaskan ciapan berkenaan ditulisnya hampir 7 tahun dahulu sewaktu dia masih lagi bersekolah dan bergelar anak remaja.

“Semua saya tweet dahulu, saya tak ingat (ciapan) pasal apa, Biasa masa sekolah. Otak pun tak tahu dah ‘tumbuh’ ke tak” kata Nazrul lagi

“Tyha dah jadi ex”

Sambil berseloroh Nazirul turut memaklumkan wanita yang tular bernama ‘Tyha’ didalam Tweet tersebut adalah bekas kekasihnya. Namun mereka masih berhubung sebagai seorang rakan.

“Sekarang (Tyha) dah jadi ex. Tapi kami masih berhubungan seperti biasa. Dulu satu sekolah ” katanya lagi.

Namun satu perkara yang pasti Nazrul, sama sekali tidak menyangka hal sebegini akan timbul malah dia nekad tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan akaun di media sosial.

“Mungkin tak (jual beli akaun) dah kot. Dah insaf.

“Sekarang saya rasa cuak, sebab saya tak pernah berhadapan dengan perkara-perkara sebegini. Lagi-lagi tengah hangat” katanya lagi sebelum menutup perbualan.


Disclaimer : *Pihak SKMM telah membuat kenyataan bahawa account SKMM telah dicerobohi. Artikel ini dikeluarkan berdasarkan pengakuan seorang pengguna Twitter yang mengesyaki bahawa akaun SKMM ini adalah akaun Twitter yang dijualnya satu masa dahulu.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...