www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PH Kata Ekonomi Semakin Baik, Tapi Bursa Malaysia Paling Teruk Di Dunia

0 month ago, 16-Apr-2019


KUALA LUMPUR, 16 April Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara sinis memuji Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang digelarnya sebagai Menteri Kewayangan kerana negara kini menjadi nombor satu di dunia.

Bidasnya dalam hantaran di Facebooknya, ini rentetan daripada laporan Bloomberg yang telah menaikkan pangkat Bursa Saham negara dari sole loser di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019 ini.

Bloomberg juga berpendapat bahawa harapan untuk kerajaan PH menarik balik pelabur asing bagi memulihkan ekonomi semakin pudar setiap hari.

Manakala Bloomberg mengesahkan bahawa Bursa kita mencapai rekod tertinggi di bawah BN (Barisan Nasional) sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) tetapi kini sudah jatuh 14 peratus.

Pasaran-pasaran saham di dunia sedang dalam keadaan rally ataupun dalam trend menaik. Malangnya, Malaysia adalah satu sahaja yang jatuh, tegasnya.

Justeru, Najib turut menimbulkan persoalan buat kerajaan PH.

Di mana kata-kata pemimpin PH kata ekonomi kita semakin baik?

Benda boleh menipu, buat apa cakap benar? sinisnya lagi. MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts