EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dybala 'menjadi' dengan Sarri

0 month ago, 27-Nov-2019

SESUATU yang sukar dipercayai ketika menyaksikan aksi hebat Paulo Dybala untuk Juventus menentang Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi bahawa beberapa minggu lalu, zaman kegemilangannya di Turin bakal berakhir.

Apabila Maurizio Sarri mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada musim panas dan mengumumkan akan mengecilkan skuadnya, pemain Argentina itu dilihat antara yang mungkin meninggalkan kelab itu.

Dyabala yang sering mempamerkan aksi tidak menentu dan tahun lalu bergelut mencari tempat dalam pasukan susulan ketika ketibaan Cristiano Ronaldo dan menempuh musim hambar sejak menyertai kelab itu pada 2015.

Namun perpindahan itu tidak menjadi kenyataan dan sejak itu, pemain berusia 26 tahun itu memanfaatkan gaya permainan dipanggil Sarriball yang membabitkan pergerakan pantas membawa bola berbanding pengendali sebelumnya Massimiliano Allegri yang memberi penekanan terhadap interpretasi perlawanan.

Dybala yang menjaringkan gol tunggal ketika Juve menang 1-0 awal pagi tadi menerusi sepakan percuma pada kedudukan sukar di garisan gol, melakukan sepakan lencong melepasi benteng pemain Atletico dan masuk ke gawang untuk gol ketujuhnya musim ini dalam semua kejohanan.

Fikiran pertama saya adalah apa yang dibuatnya dengan mengambil sepakan percuma dari sana? kata Sarri. Ia memang luar biasa.

Dybala berada di kelas istimewa, dalam prestasi amat positif jadi ketika ini dia mencipta sesuatu yang berbeza.

Sebelum perlawanan itu, Dybala memberitahu akhbar Sepanyol El Pais bahawa Sarri membawa keseronokkan di dalam permainannya.

Beliau mempunyai cara berbeza untuk memahami permainan, kata Dybala.


SUMBER : hmetro.com.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...