EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Beli Dummy iPhone 12 Pro Serendah RM23 Di Shopee, Pembeli Ramai Mengamuk

0 month ago, 22-Nov-2020

Tak tahu kami nak react macam mana dengan post ini yang kami jumpa di Twitter. Nak kata kesian pun ada tapi kenapalah tak baca betul-betul. Mana mahu-nya iPhone original ditawarkan serendah RM23.

BACA: Orang Bodoh Je Yang Sanggup Beli iPhone 12?

Untuk pengetahuan anda apa yang dijual oleh penjual tersebut adalah dummy dia macam replika yang menyerupai telefon sebenar tapi pastinya tidak boleh beroperasi.

Senang nak faham, kadang-kadang kan kita selalu tengok di kedai telefon, selamba kedai tinggalkan telefon mereka masa tutup kedai, itulah dia. Takkan kedai nak tinggalkan telefon sebenar kan?

sebodoh bodoh aku, rupanya ada yang lagi bodoh kat luar sana pic.twitter.com/RrLA7X01ZZ

jib (@muhdnajib103) November 21, 2020

Lebih menyedihkan, bagai pembeli yang mendakwa mereka tertipu kerana telah berusaha untuk menghidupkan telefon tersebut namun gagal. Penat tahu tak tekan button on itu tapi tak on on jugak sampai sudah.

Malah lebih dari itu, ada juga minta charger. Aduh, tak tahu lagi kami nak cerita macam mana. Usop Wilcha pernah berkata, English education itu penting.

Diminta pula charger wei???????????? pic.twitter.com/haVmYJ2yLO

NFBM? (@ShinChanComel95) November 21, 2020

Apa-apa pun, ramai di antara kita pernah mengalami situasi sebegini bila online shopping. Baca tak habis, size tak tengok betul-betul. Bila dapat barang, boleh gelakkan diri sendiri.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...