EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dugaan buat Syukor Khamis & keluarga, lebih 25 ekor kerbau ditemui mati

0 month ago, 14-Sep-2020

Syukor Khamis atau pernah mendapat gelaran Mowgli Malaysia sememangnya popular dalam kalangan kita kerana mampu berinteraksi dengan haiwan ternakan keluarganya.

Terbaru, keluarga remaja berusia 15 tahun itu berhadapan dugaan besar apabila dipercayai lebih 25 ekor kerbau milik mereka telah mati secara mengejut.

Kejadian tersebut dikongsi seorang jurugambar, Dallah Deen Photography dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook.

Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati

Posted by Dallah Deen Photography onSunday, September 13, 2020

Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.
Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini,katanya.

Menerusi laman Instagram Syukor pula, dia dan keluarga mengharapkan doa orang ramai serta berkata kemungkinan kejadian berkenaan berpunca daripada musim wabak.

: Dallah Deen Photography , Syukor Khamis


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...