EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dugaan seorang adik Tengku Muhammad selamba sakat masakan Tengku Afzan tak sedap

5 month ago, 08-Jan-2020

Lumrah kehidupan adik beradik, biasalah kadang-kadang memang suka saling menyakat antara satu sama lain. Bagaikan menjadi satu keseronokan dapat mengusik itu.

Begitu juga dengan gelagat kerabat diraja Tengku Puteri Afzan dan kekandanya, Tengku Muhammad Iskandar yang sengaja mengusik mengatakan bahawa masakannya tidak sedap.

Menerusi rakaman live yang dibuat Tengku Muhammad, salah seorang netizen telah bertanyakan mengenai makanan paling sedap dimasak oleh adindanya, kerana umum sedia maklum bahawa Tengku Afzan sangat suka memasak.

Dengan nada berseloroh, Tengku Muhammad berkata bahawa masakakan adindanya itu tidak sedap dan pernah hampir diracun oleh Tengku Afzan.

Tak sedap makanan dia, hari tu dia try racun saya

Takpe. Dugaan seorang adik https://t.co/UeP1KTMg7F

TPA (@tengkuafzan1) January 7, 2020

Video live di IG yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter telah di retweet oleh Tengku Afzan, dengan kapsyen Takpa. Dugaan seorang adik.

Sebenarnya, Tengku Afzan agak hebat juga memasak, malah Tengku permaisuri juga selalu memuji masakan puterinya itu. Nampaknya, minat memasak Tengku Aminah menurun kepada anakandanya.

Cottage pie ????????????????? by me pic.twitter.com/omsW4m1aZA

TPA (@tengkuafzan1) October 31, 2019

Home made chicken pie ???? pic.twitter.com/uY5yJMgtcr

TPA (@tengkuafzan1) October 28, 2019

Gulai daun kesum ???? with salmon pic.twitter.com/wx5363TEP5

TPA (@tengkuafzan1) October 20, 2019

Mencecah hampir 260,000 ribu tontonan, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beradik kerabat diraja tersebut. Memang tidak dapat dinafikan, abang memang hobinya menyakat adik.

: Ayu Azirah & Tengku Puteri Afzan


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...