EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Duduk di rumah saja'

4 month ago, 22-Jul-2019

PEKERJA di Jepun menghabiskan banyak masa di pejabat berbanding pekerja di negara lain namun untuk mengelakkan kesesakan trafik luar biasa pada Sukan Olimpik tahun depan, pihak berkuasa mempunyai mesej untuk mereka: duduk di rumah.

Beratus juta orang dijangka menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo pada 2020, menambah tekanan terhadap kesesakan laluan komuter sedia ada.

Pihak berkuasa juga berharap dengan menggalakkan pekerjaan dari rumah sepanjang temasya rumah itu akan menggalakkan pendekatan lebih selesa dalam negara yang terkenal kerana kes karoshi iaitu kematian akibat kerja melampau.

Kami menjangkakan sehingga 920,000 penyokong dan kakitangan Olimpik setiap hari, kata Kasumi Yamasaki, yang memantau isu pengangkutan Sukan Olimpik di Pentadbiran Metropolitan Tokyo.

Pakar menjangkakan peningkatan 10 peratus terhadap penumpang keretapi dan 20 peratus terhadap penggunaan lebuhraya ekspres yang menjadi punca penangguhan perjalanan dan kesesakan keterlaluan.

Pengendali laluan rel merancang untuk menambah tren tetapi pengangkutan laluan rel sudah pun berada pada kapasiti penuh pada waktu kemucak dari jam 7 hingga 9 pagi, kata Yamasaki.

Hari ini, genap setahun sebelum Olimpik, Tokyo memulakan kempen Telework Days selama sebulan dengan pejabat kerajaan dan syarikat swasta cuba mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.

Hampir 3,000 syarikat termasuk syarikat auto gergasi Toyota dan Sumitomo Corp mengambil bahagian.

Konsep ini bukan perkara baharu di Jepun di mana kerajaan negara itu menggesa majikan supaya lebih fleskibel, berharap dapat membantu ibu bapa dan masyarakat menjaga saudara-mara yang lebih tua bagi menyeimbangkan kerja dan tanggungjawab di rumah.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...