www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Drama Penculikan Kanak-kanak Dijadikan Tebusan Berakhir Selepas 5 Jam. Ini Tindakan Polis Keatas Suspek Yang Enggan Serah Diri

0 month ago, 13-Jan-2019


KANAK-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dengan diacukan pisau di tingkat 4, Taman Telipok Ria, Tuaran, Kota Kinabalu.

Polis sudah mengepung rumah terbabit dan dalam usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

ANGGOTA polis memasang garisan kuning di sekitar rumah suspek yang menawan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Taman Telipok Ria, Tuaran

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni itu membawa kanak-kanak terbabit di sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran berada di lokasi bersama sepasukan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Turut berada di lokasi ialah sepasukan anggota bomba.

Beberapa penghuni turut menyediakan tilam di tingkat bawah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Video Di Tempat Kejadian

SUSPEK lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan, 2, sebagai tebusan di Taman Telipok Ria, Tuaran, ma ti ditemb4k, 5.35 petang, hari ini.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit walaupun polis sudah melakukan usaha memujuknya.

Kedengaran beberapa das tem bakan menyebabkan suasana di lokasi kejadian kecoh dan tegang, sebelum suspek disahkan ditem bak ma tii.

Sejurus selepas itu, kanak-kanak terbabit dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans.

Keadaan kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan setakat ini.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa m4ngsa.

Polis kemudian mengepung rumah terbabit dan berusaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Sepasukan anggota polis lengkap bersenjata juga dihantar ke lokasi kejadian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

: HM





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts